KUALA LUMPUR : “Kamu perlu ingat, kamu adalah menteri, bukan penjual bak kut teh”.
Demikian teguran Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berhubung dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung wujud budaya rasuah melibatkan anggota imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dr Akmal berkata, tuduhan yang dibuat terhadap badan penguatkuasaan itu merupakan satu perkara yang berat selain ia memerlukan penjelasan pihak imigresen dan siasatan pihak berwajib.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, menteri seharusnya menjadi contoh kepada rakyat berhubung segala tindakan yang diambil.
“Bila beliau (King Sing) masuk sesuka hati kemudian marah pegawai imigresen tanpa asas dan bukti kukuh jadi saya nak tanya adakah ini boleh dilakukan?
“Ini menimbulkan imej yang tidak baik di mata rakyat jadi seorang menteri dia (King Sing) sepatutnya tahu apakah garis panduan yang perlu dilakukan bukan masuk dan hentam dan marah pegawai imigresen.
“Kalau menteri pun tidak boleh ikut aturan sebenarnya macam mana kita nak minta rakyat ikut peraturan… bila dapat aduan menteri nak siasat tetapi dengan cara yang salah.
“Menteri tak boleh nak lakukan sesuka hati. Dia ada garis panduan dan kena tahu bidang kuasa menteri… dia menteri jadi boleh bawa (isu) ke mesyuarat kabinet dan sampaikan terus kepada menteri KDN,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Sementara itu, menerusi kenyataannya, Dr Akmal juga mempersoal berhubung isu wanita warga China itu yang dikatakan berdepan sekatan untuk memasuki negara ini.
“Adakah notis NTL (Not To Land) telah dikeluarkan keatas individu yang ditahan atas faktor dokumen tidak lengkap?
“Jika notis NTL itu telah dikeluarkan, adakah ia ditarik balik setelah campur tangan pihak ketiga?
“Dan jika ditarik balik, atas faktor apakah ia ditarik balik? Adakah dari kesilapan pegawai yang mengeluarkan notis NTL sebelum itu? Ataupun secara tiba-tiba dengan campur tangan pihak ketiga menjadikan dokumen individu ditahan itu terus menjadi lengkap?” katanya lagi.
Dalam pada itu, pihaknya juga menyarankan Jabatan Imigresen agar membuat laporan polis sekiranya tohmahan itu tidak berlaku selain ia penting untuk menjaga kredibiliti jabatan itu dalam kalangan masyarakat.
Sebelum itu, King Sing menuntuk Ketua Pemuda UMNO itu untuk membuat permohonan maaf berikutan kenyataannya yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan terhadap menteri itu.
Ini termasuk tindakan untuk melucutkan jawatannya sebagai menteri berdasarkan kenyataan Akmal yang dibuat menerusi media sosial.
Pada Khamis, gambar kekecohan itu tular di media sosial yang menyatakan menteri terbabit telah menceroboh masuk ke ruang ketibaan antarabangsa tanpa memiliki pas keselamatan.
Hilmi Malik
Sat Jul 01 2023

Menurut Dr Akmal. menteri tidak harus campur tangan dalam isu berkenaan dan sebaiknya serahkan kepada pihak terlibat untuk tindakan lanjut. - FB Akmal Saleh
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pasangan warga China didakwa berhubung kekecohan di KLIA Terminal 2
Pasangan warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.

Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.