KUALA LUMPUR: Beberapa menteri Kabinet berharap agar sambutan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama bagi mengekalkan keharmonian yang dikecapi selama ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata semua rakyat harus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar memberi tumpuan ke arah perpaduan dan merealisasikan masyarakat bersatu padu dengan harmoni.
"Ramadan berlalu hanya dalam sekelip mata. Semoga segala amalan kita diterimaNya, insya-Allah. Sedang kita menikmati juadah, berkunjung-kunjungan dan bermaaf-maafan, jangan kita lupa kepada yang tidak senasib dengan kita.
"Sama-sama kita panjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar saudara-saudara kita yang berada di tengah-tengah konflik dan kekusutan diberikan kekuatan dan keteguhan dalam menghadapi dugaan yang melanda. Selamat Hari Raya, ,maaf zahir dan batin," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menzahirkan harapan agar garapan dan didikan Ramadan serta kemeriahan Aidilfitiri kali ini membawa bersama harapan untuk melihat negara terus mengecapi kemakmuran rakyat berbilang kaum sekali gus menyuburkan benih-benih perpaduan dan persefahaman.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri Datin Seri Norhayati Musa turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.
"Kami juga mohon ampun maaf zahir dan batin di atas salah dan silap, tutur kata dan perbuatan. Kami pulang beraya di Kedah dan Kelantan dan kembali bertugas pada Isnin minggu hadapan.
"Semoga Aidilfitri ini disambut penuh gembira bersama ahli keluarga dan sahabat handai... Mari kita eratkan silaturahim sesama kita. Moga-moga Allah SWT limpahi rahmah dan keampunan," katanya.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perayaan ini disifatkan sebagai hari kemenangan bagi setiap umat Islam hasil dari 'peperangan' menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, iaitu hawa nafsu.
"Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin,"katanya.
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi hantaran di Facebooknya mendoakan supaya Allah memberkati seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkongsi tips pemanduan selamat balik ke kampung sempena sambutan hari raya ini.
"Namun begitu, suka saya ingatkan kepada semua untuk sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya termasuk memeriksa keadaan kenderaan, merancang perjalanan dan mematuhi had laju lebuh raya.
"Semoga Allah SWT melindungi sepanjang perjalanan anda dan selamat tiba ke destinasi masing-masing," katanya.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula mendoakan semoga Allah SWT menerima segala amal umat Islam termasuklah solat, puasa, zakat, tilawah al-Quran, sedekah, qiyam dan segala amal soleh serta amal kebajikan yang laksanakan sepanjang Ramadan ini.
"Pandu cermat, jiwa selamat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua, sempena musim raya ini, sila ingat eratkan siratulrahim, perhebatkan perpaduan nasional dan sentiasa menjaga kesihatan badan," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menerusi aplikasi X hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa turut menzahirkan ucapan Hari Raya Aidilfitri dan berharap masyarakat dapat berkumpul bersama keluarga tercinta dan sahabat handai, berkongsi kebahagiaan dan memaafkan kesilapan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap agar semua rakyat Malaysia dapat jadikan sambutan Aidilfitri ini sebagai satu tapak integrasi bagi kukuhkan perpaduan.
Turut menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024

Fahmi berkata semua rakyat harus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar memberi tumpuan ke arah perpaduan dan merealisasikan masyarakat bersatu padu dengan harmoni. - Gambar fail/Shahir Omar/Astro AWANI

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.
Tumpuan Selasa – 25 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Penyanyi bertaraf legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun.

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.