KUALA LUMPUR: Beberapa menteri Kabinet merakamkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, semoga Aidiladha kali ini membawa pemahaman dan penghayatan akan erti pengorbanan sebenar yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s dalam membuktikan ketakwaan kepada Allah SWT.
"Pada masa sama, marilah kita doakan agar saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji memperoleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air nanti. Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya malam tadi.
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berharap agar Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kedamaian kepada semua serta menghayati nilai-nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang diajarkan kepada kita melalui ibadah korban.
"Marilah kita meneladani ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dalam mematuhi perintah Allah SWT. Ibadah korban yang kita lakukan adalah sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita.
"Semoga daging korban yang kita korbankan dapat memberi manfaat kepada fakir miskin dan yang memerlukan serta mempererat lagi tali silaturahim antara keluarga, sahabat dan tetangga. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam," katanya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengucapkan selamat menyambut Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat.
"Aidilfitri dirayakan dengan kemenangan, Aidiladha pula pelengkap pengorbanan. Semoga segala ibadah yang dijalankan tahun ini diterima dan diberkati Allah SWT. Yang dalam perjalanan pulang ke kampung, saya doakan perjalanan selamat pergi dan kembali," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengajak seluruh umat Islam merenung erti sebenar pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
"Semoga semangat itu menguatkan tekad kita untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Aidiladha juga waktu untuk kita berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai. Saya berharap agar setiap daripada kita dapat menikmati keriangan dan keberkatan dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang dan keharmonian.
"Dalam kita menyambut Hari Raya ini, janganlah kita lupa akan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan dan sokongan kepada mereka agar kebahagiaan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh semua," katanya.
Beliau berkata, bagi mereka yang berpeluang menunaikan ibadah korban, semoga amal ibadah mereka diterima Allah SWT dan membawa keberkatan kepada seluruh umat.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata dalam semangat Aidiladha ini, beliau mengajak semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan budaya untuk merenung nilai-nilai yang dibawa dalam perayaan ini.
"Pengorbanan untuk kebaikan bersama, keikhlasan dalam hubungan sesama manusia dan kesanggupan untuk mengutamakan kepentingan masyarakat di atas kepentingan peribadi ialah prinsip yang boleh kita semua pelajari dan amalkan," kata beliau.
Ramanan berkata, kita kini berada dalam masa yang penuh cabaran namun dengan semangat perpaduan dan saling menghormati, kita mampu mengharungi segala dugaan.
"Marilah kita mengukuhkan ikatan persaudaraan, memupuk rasa hormat antara satu sama lain dan bersama-sama membina masa depan yang sejahtera selaras dengan visi Malaysia MADANI yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha hari ini. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Beberapa menteri Kabinet merakamkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penunggang motosikal maut langgar kerbau, penternak diberi amaran
Seorang lelaki maut selepas motosikalnya melanggar sekumpulan kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah, dekat Tapah.

PGA rampas lori, kambing seludup bernilai lebih RM100,000 di Tumpat
Lelaki berusia 47 tahun itu sengaja memandu lori pada 2 pagi bagi mengelak terserempak dengan pihak berkuasa.

Menghayati makna pengorbanan agung kepada Ilahi
Setiap perintah dan larangan Allah SWT adalah sebahagian ujian yang nyata dalam kehidupan.

Hanya ditinggalkan kandang kosong lima tahun lepas, kini miliki 130 ekor lembu
Muhammad Aiman Muhammad Zaini memulakan perniagaannya hanya dengan membeli dua ekor lembu.

Empat banduan diberi cuti tujuh hari untuk bersama keluarga sempena Aidiladha
Banduan akan dilepaskan dengan syarat-syarat tertentu selama tujuh hari dan kembali menjalani hukuman selepas tempoh tersebut.

Harga lembu korban semakin mahal?
Bagi sesetengah pembekal, mereka perlu membayar lebih berikutan kemerosotan nilai ringgit, berbanding mata wang Baht Thailand.

500,000 kenderaan akan masuk ke Kedah menjelang Aidiladha
Pengguna lebuh raya boleh menyemak aliran trafik lebuh raya utara selatan menerusi laman web rasmi atau media sosial Plus Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyembelih lembu korban
Sultan Muhammad V menyumbangkan sebanyak 30 ekor lembu manakala Pemangku Raja Kelantan pula menyumbangkan tujuh ekor lembu.

Seniwati Hashimah Yon, puluhan pelancong Singapura buat korban di Terengganu
Seniwati Hashimah Yon, 77, antara puluhan pelancong Singapura yang menyambut Aidiladha dan sekali gus melakukan ibadah korban di Terengganu.