KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi jaminan bahawa tiada tindakan bakal diambil terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal pada Isnin.
Keputusan itu disokong beberapa Ahli Parlimen termasuk bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Insya-Allah tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka walaupun semalam mereka keluar demonstrasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas pada Selasa.
Kenyataan beliau mendapat respons positif daripada Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang.
Begitupun, mereka menegaskan isu tersebut harus diselesaikan terus dengan memenuhi permintaan daripada doktor kontrak.
Dr Dzulkefly turut berterima kasih kerana tiada tindakan bakal dikenakan terhadap doktor kontrak yang menyertai hartal semalam.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai perubatan yang menyertai Hartal Doktor Kontrak pada Isnin.
BACA: Isu doktor kontrak: PM kemuka penyelesaian segera, arah pelan komprehensif
Presidennya, Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mengulas lanjut, Adnan berharap agar kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan berkenaan dengan sewajarnya.
Malah tambahnya, satu tempoh masa yang jelas perlu ditetapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melihat semula penempatan doktor yang bukan pada skop dan fungsi asalnya.
Katanya, Cuepacs juga berharap agar kerajaaan dapat membuka ruang bagi doktor-doktor kontrak melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan kepakaran di mana-mana institusi yang diiktiraf kerajaan.
Pada Isnin, puluhan pegawai perubatan kontrak di hospital di beberapa negeri terbabit dalam Hartal Doktor Kontrak atau mogok umum dengan keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja tepat pukul 11 pagi Isnin.
Ridauddin Daud
Tue Jul 27 2021
![Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627382241_TBhartal.jpg)
Beberapa inidividu keluar dari Hospital Serdang bagi menunjukkan sokongan pada Hartal Doktor Kontrak yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada Isnin. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Doktor kontrak: Pasukan petugas khas diharap teliti pindaan Akta Pencen Doktor kontrak: Pasukan petugas khas diharap teliti pindaan Akta Pencen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627270520_DGHisham.jpg)
Doktor kontrak: Pasukan petugas khas diharap teliti pindaan Akta Pencen
Ia bagi membolehkan pengambilan ke jawatan tetap dilakukan dengan pilihan caruman kepada KWSP dalam tempoh dua tahun untuk semua lanjutan kontrak yang diberi.
![Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627382241_TBhartal.jpg)
Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai hartal
Kenyataan beliau mendapat respons positif daripada Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang.
![Hartal Doktor Kontrak: PDRM atur penugasan pasukan pemantauan SOP - KPN Hartal Doktor Kontrak: PDRM atur penugasan pasukan pemantauan SOP - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627211671_DatukSeriAcrylSa.jpg)
Hartal Doktor Kontrak: PDRM atur penugasan pasukan pemantauan SOP - KPN
PDRM akan mengatur penugasan pasukan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memantau protes melibatkan doktor kontrak yang dijadual pada Isnin.
![Gerakan Hartal Doktor Kontrak berlangsung 26 Julai ini Gerakan Hartal Doktor Kontrak berlangsung 26 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626358596_ICUMALAYSIA.jpg)
Gerakan Hartal Doktor Kontrak berlangsung 26 Julai ini
Jelas sekretariat itu, isu-isu yang tidak disetujui adalah berkenaan perkara-perkara yang mereka rasa wajar untuk diperjuangkan.
![PDRM siasat video 'Code Black' sokong doktor kontrak PDRM siasat video 'Code Black' sokong doktor kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626261629_Stethoscope.jpg)
PDRM siasat video 'Code Black' sokong doktor kontrak
Video tular di media sosial itu menyokong pegawai perubatan berstatus kontrak melalui kempen Code Black.
![Doktor kontrak diminta bersabar, isu berbangkit akan dibawa ke Jemaah Menteri - Dr Adham Doktor kontrak diminta bersabar, isu berbangkit akan dibawa ke Jemaah Menteri - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617352404_AdhamBaba.jpg)
Doktor kontrak diminta bersabar, isu berbangkit akan dibawa ke Jemaah Menteri - Dr Adham
Kerajaan memandang serius isu dibangkitkan sebelum ini melibatkan mereka dan akan membawa perkara itu ke pengetahuan Jemaah Menteri.