KUALA LUMPUR : Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke China bermula esok.
Lawatan ini adalah susulan daripada jemputan yang diterima daripada Kaunselor Negara dan Menteri Luar China, Wang Yi semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia pada Oktober 2020.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Hishammuddin ke China sejak menjawat jawatan Menteri Luar pada 10 Mac 2020.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, semasa lawatan, Hishammuddin bersama Wang akan mempengerusikan mesyuarat dua hala antara delegasi Malaysia dan China.
Kedua-dua pihak akan membincangkan inisiatif baharu untuk memacu kerjasama dua hala dengan tumpuan khusus terhadap kerjasama pasca pandemik, termasuk pengembaraan rentas negara dan kerjasama dalam bidang vaksin.
"Malaysia dan China telah mewujudkan kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang dan perkongsian strategik komprehensif.
"Lawatan ini adalah penting untuk memastikan penjanaan semula aktiviti dua hala dan kesalinghubungan dapat dilaksanakan," kata kenyataan itu lagi.
Selain daripada hal ehwal dua hala, kedua-dua Menteri Luar itu akan turut membincangkan isu-isu semasa serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Berilhamkan hala tuju Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-23, kedua-dua negara akan turut memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk menjayakan ASEAN-China Year of Sustainable Development Corporation, pengukuhan kerjasama dalam Blue Economy dan membincangkan isu-isu sejagat melibatkan keselamatan serantau.
Lawatan rasmi Menteri Luar akan dilaksanakan dengan pematuhan sepenuhnya terhadap langkah-langkah keselamatan serta kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan National Health Commission of the People’s Republic of China.
Ini termasuk bergerak dalam gelebung perjalanan, membataskan pergerakan luar sepanjang lawatan, menghadkan jumlah pertemuan dan mematuhi segala garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.
Kenyataan itu turut menyebut, Malaysia dan China adalah rakan dan negara bersahabat yang rapat malah hubungan dua hala terus meningkat maju dan kukuh, walaupun dibelengguoleh cabaran COVID-19.
"Pada tahun 2020, hubungan dagang antara kedua-dua negara terus berkembang sebanyak 4.2 peratus dan mencapai RM329.77 bilion. China terus kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia untuk 12 tahun berturut-turut dan menyumbang sebanyak 18 peratus kepada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.
"Eksport ke China juga menyumbang sebanyak 16.2 peratus kepada jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke luar negara," tambah kenyataan itu.
Malaysia dan China telah meningkatkan hubungan dua hala daripada "Perkongsian Strategik" menjadi "Perkongsian Strategik Komprehensif" pada tahun 2013, menandakan bab baru dalam hubungan dua hala yang bersejarah di antara Kuala Lumpur dan Beijing.
Astro Awani
Wed Mar 31 2021

Hishammuddin akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 1 hingga 2 April 2021. - Gambar fail

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.