PUTRAJAYA: Menteri Luar Australia Senator Penny Wong akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai esok.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan lawatan itu akan mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Australia sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif (CSP).
Semasa lawatan itu, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Senator Wong dijadual bertemu dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Senator Wong juga dijadual mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama dua hala dalam perdagangan dan pelaburan, serta pertahanan.
Menteri Luar Australia itu juga akan berkunjung ke Kota Kinabalu dan akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin negeri Sabah termasuk Timbalan Ketua Menteri ll dan Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Menurut kenyataan itu, lawatan ini juga memberi peluang bagi kedua-dua negara meneroka lebih banyak potensi kerjasama dalam pelbagai sektor demi kebaikan bersama.
"Ia juga memaparkan komitmen Malaysia untuk menjalinkan kerjasama yang rapat dengan kerajaan baharu Australia," menurut kenyataan itu.
Pada 2021, Malaysia dan Australia telah meningkatkan hubungan dua hala dari Rakan Kerjasama Strategik ke CSP.
Australia merupakan rakan dagang ke-13 terbesar Malaysia pada 2021 dengan jumlah perdagangan berjumlah RM52.28 bilion (US$12.43 bilion), peningkatan 28.7 peratus, berbanding nilai yang direkodkan pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Saifuddin dan Senator Wong dijadual bertemu dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. - Gambar/ AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.

Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.

PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Australia
Pada pertemuan itu mereka berbincang isu-isu kepentingan bersama termasuk kerjasama ekonomi, dasar luar dan perkembangan serantau.

Menteri Luar Australia Penny Wong adakan lawatan kerja ke Malaysia bermula Isnin
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.

Lawatan ke Sabah umpama balik kampung - Penny Wong
Senator Penny Wong menyifatkan lawatan beliau ke Sabah tidak ubah seperti pulang ke kampung halamannya.

Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Menteri Luar Australia Penny Wong berkongsi sedikit asal usul kelahirannya di Malaysia
Wong dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1968 hasil perkahwinan antara ibunya kelahiran Australia dan bapanya rakyat Malaysia.

Pendidikan satukan Malaysia dan Australia sejak berdekad lalu - Penny Wong
Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.

Menteri Luar Australia lawat Astro AWANI
Senator Penny Wong mengadakan kunjungan ke Astro AWANI sebagai tetamu khas dalam program Consider This.

Menteri Luar Australia adakan lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa
Menteri Luar Australia Senator Penny Wong akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai esok.