KUALA LUMPUR: Astro AWANI menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di All Asia Broadcast Centre (AABC), Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul 6 petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan dan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.
Wong hadir sebagai tetamu khas program temu bual Consider This bersama penyampai Sharaad Kuttan dan Melisa Idris yang bakal disiarkan pada Rabu, 29 Jun 2022.
Antara perkara penting yang disentuh dalam program itu termasuk dasar luar kerajaan Australia dan usaha negara berkenaan merencanakan dasar perubahan iklim yang lebih baik.
Pertemuan bersama Wong berlangsung selama hampir sejam sebelum beliau dibawa melawat ke bilik berita Astro AWANI.
Wong berada di Malaysia dalam rangka lawatan kerja tiga hari mulai hari ini.
Antara rangka lawatan, beliau mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Lawatan ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan erat antara kedua negara khasnya sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif (CSP), selain menyentuh mengenai soal perdagangan dan pelaburan negara.
Nickyson Nyambar
Tue Jun 28 2022

Wong (empat dari kanan) hadir sebagai tetamu khas program temu bual Consider This bersama penyampai Sharaad Kuttan dan Melisa Idris yang bakal disiarkan pada Rabu, 29 Jun 2022.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.