KUALA LUMPUR: Menteri Luar Australia Penny Wong yang berada dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada Rabu berkongsi serba sedikit mengenai asal-usulnya di Malaysia, ketika menghadiri majlis makan tengah hari dengan wakil kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat.
Wong dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1968 hasil perkahwinan antara ibunya kelahiran Australia dan bapanya rakyat Malaysia.
Apabila ibu bapanya berpisah, beliau berpindah ke Australia Selatan bersama ibu dan adik lelakinya ketika berusia lapan tahun.
Neneknya Lai Fung Shim, berketurunan Hakka, telah menjadi sumber inspirasi bagi dirinya, dan digambarkan sebagai orang yang paling cekal pernah Wong kenali.
Nenek dan keluarganya menetap di Sandakan ketika Perang Dunia II tercetus, di mana kebanyakan ahli keluarganya terkorban akibat perang, meninggalkan Poh-Poh (neneknya) sendirian menjaga anak-anaknya dalam keadaan sukar.
"Keazamannya untuk meneruskan hidup, dan menyelamatkan diri dan anak-anaknya, menjadi sumber kekuatan Wong.
"Dia hampir buta huruf. Dia seorang yang penyayang dan rendah hati, dan orang paling cekal pernah saya kenal. Dalam situasi sukar, saya akan sentiasa terkenangkan dirinya, segala kesusahan yang beliau terpaksa tanggung," kata Wong menggambarkan neneknya dalam ucapan pada majlis itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, ahli politik tempatan dan anggota kor diplomatik.
Sementara itu, mengulas mengenai bapanya Francis Wong, beliau berkata bapanya hidup dalam kemiskinan dalam usia awalnya.
Beliau menyifatkan bapanya sebagai seorang pelajar cemerlang dan berkat kerajinannya membawa biasiswa Rancangan Colombo bagi menyambung pelajaran dalam jurusan seni bina di Universiti Adelaide, Australia.
"Peluang untuk sambung belajar mengubah hidupnya. Ini bermakna dia boleh keluar daripada kancah kemiskinan sejak kecil," katanya sambil menambah Francis Wong akhirnya berpindah semula ke Kota Kinabalu bersama keluarganya.
Wong ialah Menteri Luar Australia pertama kelahiran Asia.
Sebelum tiba di Malaysia, Wong mengadakan kunjungan ke Vietnam.
Selepas pelantikannya sebagai menteri luar pada awal bulan ini, beliau ke Indonesia bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Wong dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1968 hasil perkahwinan antara ibunya kelahiran Australia dan bapanya rakyat Malaysia. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.

Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.

UNGA 79: Selepas 77 tahun, negara Palestin masih belum wujud - Menteri Luar Australia
Wong berkata sejak Resolusi 181 PBB dipersetujui, sehingga kini negara Palestin masih dapat diwujudkan.

Krisis keselamatan makanan: Australia salur bantuan kepada negara di Timur Tengah, Afrika
Kerajaan akan menyumbang AU$29 juta daripada Tabung Kecemasan Kemanusiaan untuk tindak balas krisis keselamatan makanan yang semakin meningkat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia mahu tingkatkan penglibatan ekonomi dengan ASEAN - Penny Wong
Australia akan melancarkan Strategi Ekonomi Asia Tenggara pada akhir tahun ini yang bertujuan untuk memaksimumkan penglibatan dan potensi ekonomi dengan negara-negara di rantau ini.

Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.

Menteri Luar Australia Penny Wong adakan lawatan kerja ke Malaysia bermula Isnin
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.

Australia tarik balik keputusan iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel
Wong memberitahu wartawan keputusan Morrison pada 2018 telah menyebabkan Australia diketepikan majoriti masyarakat antarabangsa.

Penting tingkatkan hubungan Australia dengan Asia Tenggara - Penny Wong
Amat penting untuk Australia berbincang dalam cara yang mengiktiraf negara itu sebagai sebahagian daripada rantau Asia Tenggara.