SINGAPURA: Menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak dibincangkan semasa lawatan rasmi empat hari Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan ke Malaysia yang baru sahaja tamat.
"Tidak, kami tidak membincangkan perkara ini. Kami memberi tumpuan kepada RTS, Sistem Transit Rapid yang akan menghubungkan Johor ke Singapura," jawab Balakrishnan apabila ditanya media Singapura sama ada menghidupkan semula HSR dibincangkan semasa lawatannya yang bermula pada 15 Januari.
Transkrip penuh Temu Bual menteri pada akhir lawatan rasminya ke Malaysia telah tersedia di laman web Kementerian Luar hari ini.
"Projek RTS akan menjadi rangsangan yang signifikan kepada rakyat dan pekerja di kedua-dua belah Selat Johor. Ia akan menawarkan kapasiti 10,000 penumpang setiap jam.
"Setakat ini, berdasarkan perbincangan saya dengan menteri-menteri di Malaysia, mereka memberi jaminan kepada saya bahawa mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan dapat memenuhi tarikh akhir penyiapan pada penghujung 2026. Jadi, itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan," katanya.
Bagi projek lain, Balakrishnan berkata, Singapura akan menunggu cadangan dari Malaysia, dan "akan tetap berfikiran terbuka."
"Kami sedang mencari projek baharu atau projek tambahan, yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara," katanya.
Semasa lawatan ke Singapura pada 29 Nov, 2021, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mencadangkan untuk menghidupkan semula perbincangan mengenai HSR.
Terdahulu pada 1 Jan, 2021, Malaysia dan Singapura bersama-sama mengumumkan penamatan projek HSR kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis, 2020.
Semasa lawatannya yang berakhir hari ini, Balakrishnan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri-menteri Kabinet Malaysia termasuklah rakan sejawatannya, Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Dr Vivian Balakrishnan berkata, menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak dibincangkan semasa lawatan rasmi empat hari beliau ke Malaysia. - Gambar BERNAMA

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

MyHSR Corp lanjut tarikh akhir serahan RFI HSR KL-Singapura hingga 15 Jan, 2024
Ini berikutan permintaan daripada pemain industri antarabangsa dan tempatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Menteri Luar Singapura: Tiada perbincangan hidupkan semula HSR semasa lawatan rasmi ke Malaysia
Kedua-dua kerjaan beri tumpuan kepada RTS, Sistem Transit Rapid yang akan menghubungkan Johor ke Singapura.

Projek HSR mungkin diteruskan, Johor sedia untuk bekerjasama
Kerajaan negeri akan memutuskan jenis kerjasama selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) mula mengusahakan kebolehlaksanaan projek itu.

Jawatankuasa khas cadangan projek HSR Bangkok-KL ditubuhkan
Satu jawatankuasa khas bagi membincangkan secara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HRS) Bangkok-Kuala Lumpur akan ditubuhkan.

Rundingan HSR selepas ini diketuai Kementerian Pengangkutan
Sejak 2013, semua rundingan mengenai projek HSR diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

HSR: Malaysia bayar pampasan RM320 juta pada Singapura
Kedua-dua negara terbabit telah mencapai persetujuan berhubung jumlah tersebut susulan proses verifikasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.

Malaysia jangka terima tuntutan pampasan penamatan projek HSR dari Singapura akhir Januari
Setakat ini, kerajaan tidak komited atau memuktamadkan sebarang projek termasuk spekulasi bahawa projek kereta api laju Kuala Lumpur-Johor Bahru bagi menggantikan HSR KL-Singapura.

Pembatalan HSR: Malaysia jangka pampasan lebih rendah daripada S$270 juta - Mustapa
Mustapa menjangkakan pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura susulan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura jauh lebih rendah.

Projek HSR: Pampasan, KL-JB, kerugian? - Ini penjelasan Tok Pa
Sebarang angka mengenai pampasan yang disebutkan oleh mana-mana pihak merupakan spekulasi semata-mata.

Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek
Ini kerana penduduk di lokasi tersebut pastinya sudah menjangkakan pulangan bisnes daripada projek itu.