VIENNA: Menteri-menteri minyak OPEC+ akan bertemu di Vienna pada 5 Oktober untuk membincangkan strategi pengeluaran masa depan, menurut kenyataan dikeluarkan organisasi itu pada Sabtu.
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC+ itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19, lapor Xinhua.
Pelabur menunggu keputusan mesyuarat OPEC+ minggu depan, berikutan kejatuhan harga minyak baru-baru ini disebabkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dan penguncupan permintaan.
Kedua-dua minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent merosot daripada paras tertinggi lebih AS$120 setong pada Jun kepada kira-kira US$80 setong.
OPEC+ yang terdiri Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, mengurangkan pengeluaran minyak secara besar-besaran pada 2020 apabila pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan.
Kumpulan itu mula meningkatkan semula pengeluaran pada Julai 2021 memandangkan pasaran semakin pulih.
Pada mesyuarat terakhir peringkat menteri yang diadakan awal September, OPEC+ mengumumkan pemotongan kecil pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari untuk Oktober, pemotongan yang pertama dalam tempoh lebih setahun, untuk mengawal kemerosotan harga minyak mentah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19. - Gambar fail
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengekalkan pertumbuhan sekitar empat peratus pada 2025.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Iraq kurangkan eksport minyak kepada 3.3 juta tong sehari
Kementerian Minyak Iraq mengumumkan bahawa negara itu mengurangkan pengeluaran minyaknya kepada 3.3 juta tong sehari.
Ringgit ditutup rendah, dipengaruhi kemungkinan penurunan kecil kadar faedah AS
Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah.
Pasaran getah ditutup tinggi pada hari kedua berturut-turut
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari kedua berturut-turut pada Jumaat, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah.
Diaspora Venezuela berhimpun di Santiago sokong Edmundo Gonzalez
Diaspora Venezuela di Chile berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap calon pembangkang Edmundo Gonzalez, beberapa hari menjelang hari pemilhan Presiden Venezuela.
Permintaan minyak dijangka meningkat sebanyak 2.2 juta bpd pada 2024 - OPEC
Tahun ini, OPEC melihat permintaan minyak meningkat sekitar 2.2 juta tong sehari, pertumbuhan tahun ke tahun.
Malaysia antara 4 negara dijemput sertai OPEC
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah berunding dengan empat negara supaya menyertai organisasi itu, kata Setiausaha Agungnya Haitham Al Ghais.