AYER KEROH: Seorang bapa tiga anak didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata lucah kepada pekerja kedai serbaneka, Ogos lalu.
Tertuduh, Affan Razali,31, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Nabilah Nizam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata lucah dengan niat mencabul kehormatan seorang juruwang wanita berusia 19 tahun.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kedai serbaneka di Taman Perindustrian, Tanjung Minyak Perdana, Melaka Tengah kira-kira pukul 4.14 pagi, 7 Ogos 2023 lalu.
Tertuduh yang bekerja sebagai pemotong rumput didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, mangsa mengadu kepada majikannya memaklumkan diganggu oleh salah seorang pelanggan sebelum mereka bertindak membuat laporan polis.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishar memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman itu diringankan dengan alasan dia menanggung isteri yang tidak berkerja dan tiga anak masih kecil.
Katanya, dia menyesali perbuatannya yang gagal mengawal nafsu ketika melihat tubuh badan mangsa sewaktu kejadian.
Majistret Nabilah kemudian menjatuhi hukuman denda RM2,500 atau tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal melunaskan denda berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Oct 09 2023

Tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata lucah dengan niat mencabul kehormatan seorang juruwang wanita berusia 19 tahun. - Gambar/ Astro AWANI
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Menyesal gagal kawal nafsu, pemotong rumput didenda bercakap lucah dengan pekerja kedai
Seorang bapa tiga anak didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata lucah kepada pekerja kedai serbaneka, Ogos lalu.

Polis siasat kes guru disyaki galak perbuatan rogol
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata laporan berkenaan diterima kira-kira jam 10.08 malam pada Sabtu.