KUALA LUMPUR: Cadangan agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus dibangkitkan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2023, Ahli Parlimen Kuantan dari Perikatan Nasional (PN), Wan Razali Wan Nor berkata, pencarum memerlukan wang untuk kegunaan ketika ini bagi perbelanjaan sesi persekolahan berbanding penyaluran RM500 ke dalam Akaun 1.
"Mengenai pengeluaran KWSP, rakyat menghargai RM500 yang diperuntukkan untuk mereka. Namun, untuk makluman sebenarnya mereka nak guna sekarang... bayar yuran persekolahan anak, nak beli buku pelajaran.
"Kita telah dengar banyak pengiraan dibuat oleh Ahli Parlimen tentang bagaimana simpanan mereka akan meningkat semula nanti. Mereka hanya nak keluarkan duit mereka sahaja.
"Saya harap pihak kerajaan mencari jalan untuk meluluskan pengeluaran bersasar kepada mereka yang layak," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Membangkitkan cadangan sama, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berkata kerajaan disaran membenarkan pengeluaran KWSP secara 'case-by-case' (mengikut kes), khususnya kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.
"Kerajaan boleh menetapkan apa sahaja syarat kepada individu yang layak ini boleh mengeluarkan (KWSP) memandangkan kerajaan mempunyai maklumat mengenai individu yang mencarum.
"Kita akui KWSP adalah simpanan hari tua, namun Kuala Pilah khuatir mereka tidak sempat tua untuk nikmati simpanan ini," ujarnya.
Pada 24 Februari lalu, kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif dalam Belanjawan 2023 itu adalah sebahagian usaha kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik COVID-19.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 06 2023

Wan Razali (kanan) dan Adnan memohon agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP bagi mereka yang layak. -Video Parlimen

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Akaun Fleksibel untuk pengeluaran kecemasan KWSP dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Ahmad berkata kerajaan akan membuat pengumuman lanjut berhubung mekanisme pelaksanaan Akaun Fleksibel termasuk melibatkan peratusan simpanan.

Pengeluaran KWSP bersasar dijawab di Dewan Negara Isnin ini - Ahmad Maslan
Usul pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dijadual dibahaskan di Dewan Negara pada Isnin ini.

'Mereka nak guna sekarang' - Ahli Parlimen terus gesa kerajaan timbang pengeluaran KWSP
Kerajaan disaran membenarkan pengeluaran KWSP secara 'case-by-case' (mengikut kes) khususnya kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

Pengeluaran KWSP: 'Ada yang hanya berbelanja 68 sen sehari selepas bersara'
Menteri Besar Selangor itu berkata, terdapat pencarum KWSP yang hanya mampu berbelanja 68 sen sehari selepas bersara susulan pengeluaran simpanan mereka sejak 2020.

'Ada yang terpaksa jual harta' - MP pembangkang gesa kerajaan benar pengeluaran KWSP bersasar
Satu usul tergempar dikemukakan oleh ahli Parlimen pembangkang meminta agar Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.