SHAH ALAM: Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor mengesahkan bahawa kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.
Mesej yang tular di media sosial itu adalah berkaitan keputusan dan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, bertarikh 1 Mei.
Mesej tersebut berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor, cadangan berkaitan sekolah dan justifikasi atas keputusan tersebut.
"Kami mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu," kata Sekretariat Akhbar Datuk Menteri Besar Selangor ketika dihubungi di sini hari ini.
Selangor telah mencatatkan kes tertinggi COVID-19 beberapa hari berturut-turut sejak Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baharu yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes, Rabu (28 April), daripada 3,142 kes baharu, Selangor mencatat kes tertinggi (1,019 kes) dan Khamis (29 April) daripada 3,332 kes baharu, Selangor adalah tertinggi dengan 1,083 kes.
Pada Jumaat (30 April) juga daripada 3,788 kes baharu, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 1,265 kes dan Sabtu (1 Mei) daripada 2,881 kes baharu, Selangor mencatatkan yang tertinggi dengan 759 kes.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor pada 30 Mei 2021 bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021

Selangor telah mencatatkan kes tertinggi COVID-19 beberapa hari berturut-turut sejak Selasa (27 April). - Gambar hiasan/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dua remaja 15 tahun antara lapan ditahan sertai parti persendirian
Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di sebuah kondominium dekat Shah Alam awal pagi tadi.

Susulan kes Neelofa, Menteri Besar Negeri Sembilan, Selangor bincang soal 'jual beli' Nilai 3
Netizen berseloroh mendakwa tiada kesalahan rentas negeri direkodkan ke atas Neelofa dan PU Riz kerana Nilai 3 di bawah jajahan negeri Selangor.

Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.

COVID-19: Labuan laksana PKPB, SOP Aidilfitri diperketatkan
Pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai SOP PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.

'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi
Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS
PLUS menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan di 21 R&R terpilih.

Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP
Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Polis panggil Neelofa, PU Riz isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3
Selebreti Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa 'merentas negeri' ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Mesej tular 'PKP seluruh Selangor' palsu
Kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.

Kelantan masih PKP, 5 negeri PKPB, 9 negeri PKPP - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.