KUALA LUMPUR: Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.
Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.
"Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.
"Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.
Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
"Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah," katanya.
Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.
"Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021
Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara. -Gambar hiasan
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Mesin penapis air antara punca bil elektrik tinggi - TNB
Peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.