BERA: Satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Pusat bagi menangani isu banjir secara komprehensif akan diadakan minggu depan, dengan penglibatan beberapa kementerian dan kerajaan negeri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat itu akan menyentuh beberapa aspek, antaranya perancangan jangka panjang melibatkan pembinaan tebatan banjir atau mengurangkan kesan impak bencana itu.
Katanya, kerjasama semua pihak dan pelbagai agensi diperlukan untuk menangani masalah banjir pada masa depan, bagi mengelak kerajaan terus berbelanja besar hampir setiap tahun untuk membaiki kerosakan akibat bencana itu.
"Kita nak selesaikan secara menyeluruh dan tidak mahu isu ini berulang kerana akhirnya kerajaan yang terpaksa berbelanja setiap tahun misalnya tahun ini sahaja lebih RM6 billion, sekiranya perbelanjaan itu digunakan untuk projek tebatan banjir, mungkin kita dapat selesaikan isu ini.
"Jadi kita nak dapatkan pandangan daripada kementerian berkaitan dan kerajaan negeri kerana mereka juga terlibat, sekiranya kita mahu membina rumah mangsa banjir di kawasan lain dan sebagainya, kerana bidang kuasa tanah di bawah mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Monsun Timur Laut 2021/2022 Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan, 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir di Bera, di sini menerima wang tunai RM2,500.
Mengulas mengenai bantuan berkenaan, Ismail Sabri berkata, bagi kawasan lain, bantuan itu juga sedang giat diagihkan dan akan disegerakan bagi meringankan beban mangsa banjir.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu dalam ucapannya berkata beliau sebagai 'Ketua Keluarga Malaysia' akan menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat dengan baik.
"Menjadi tanggungjawab kita untuk jaga kepentingan keluarga. Kepentingan saya untuk jaga semua keluarga... sekiranya ahli keluarga ditimpa kesusahan, yang lain akan bantu. Semangat itu ada dalam kerajaan, tiada sesiapa yang akan ketinggalan untuk dibantu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Pusat bagi menangani isu banjir secara komprehensif akan diadakan minggu depan, dengan penglibatan beberapa kementerian dan kerajaan negeri. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.