KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dikiritik pengamal perubatan dan netizen kerana mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19.
Pengguna Twitter Dr Khairul Hafidz, adalah antara netizen yang menyatakan kekecewaannya melihat ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendorong penggunaan ubat antiparasit itu untuk COVID-19, memetik laporan Free Malaysia Today (FMT)
"Kami dalam industri perubatan kerap memberikan penjelasan mengenai isu ini di media sosial, tetapi semua usaha kami akan sia-sia dengan sokongan pemimpin PH (untuk Ivermectin) di Parlimen. Tunggu data tempatan! " katanya di laman Twitter.
Hari ini, penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 menjadi topik hangat di Dewan Rakyat dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendesak agar ia diberi kelulusan segera.
Antara Ahli Parlimen yang meminta penggunaan ubat itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu (Kota Raja); Khalid Samad (Shah Alam); Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh); Johari Abdul (Sungei Petani); Sim Tze Tzin (Bayan Baru); William Leong (Selayang) dan P Prabakaran (Batu).
Mereka antara lain, mendakwa India dan Filipina telah berjaya menggunakan Ivermectin untuk merawat COVID-19 tanpa kesan sampingan dilaporkan. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut bahawa pihak berkuasa kesihatan di kedua-dua negara itu tidak pernah mengumumkannya secara terbuka.
BACA: COVID-19: KKM pertimbang lulus penggunaan Ivermectin
BACA: Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
Menjawab isu berkenaan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menegaskan KKM akan menunggu data kajian mengenainya terlebih dahulu.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Galen Center for Health and Social Policy, Azrul Khalib, di laman Twitter berkata beliau bimbang melihat ramai Ahli Parlimen pembangkang mempercayai Ivermectin sebagai 'ubat ajaib' yang akan menyembuhkan COVID-19.
Beliau mendesak Dr Adham dan KKM untuk tetap tegas pada dasar dan garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada.
LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
JOM PANTAU AHLI PARLIMEN ANDA SEPANJANG SIDANG MESYUARAT KHAS
Sementara itu, bekas perunding farmasi @ BeeLengMY1 berkata, "pelik" melihat ramai Ahli Parlimen PH mendorong penggunaan ubat berkenaan.
"Adakah mereka doktor?" soalnya.
Dia kemudian meminta bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang juga ketua Pasukan Petugas COVID-19 PH, untuk menghentikan perbincangan seperti itu oleh Ahli Parlimen PH yang bukan profesional perubatan.
Baru-baru ini, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menegaskan pihaknya tidak menggunakan Ivermectin, iaitu ubat jenis antiparasit untuk merawat pesakit COVID-19.
Presiden APHM Datuk Dr Kuljit Singh berkata sejak Januari hospital swasta mengamalkan protokol rawatan berdasarkan bukti yang diluluskan oleh KKM dan persatuan-persatuan perubatan antarabangsa untuk merawat pesakit COVID-19 dan Ivermectin tidak dimasukkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, juga dilaporkan berkata, KKM sedang menunggu laporan kajian menyeluruh mengenai penggunaan ubat antiparasit berkenaan untuk merawat COVID-19.
Beliau berkata, KKM tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.
Astro Awani
Tue Jul 27 2021

KKM sedang menunggu laporan kajian menyeluruh mengenai penggunaan ubat antiparasit berkenaan untuk merawat COVID-19. - Gambar fail/ Reuters

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.

Ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk COVID-19 - Kajian penyelidik Malaysia
Kumpulan penyelidik Malaysia dipetik sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.

KKM cadang laksana kajian klinikal guna Ivermectin ke atas kontak rapat COVID-19
Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian klinikal ini.

Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham
Keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-Tech) ke atas 500 pesakit COVID-19 melibatkan kategori 2 atau 3.

Keputusan kajian Ivermectin akan dibentangkan minggu hadapan
Khairy berkata kajian tempatan berkaitan ubat tersebut sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi.

Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.

Penggunaan Ivermectin hanya untuk tujuan ujian klinikal - MPS
KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.

Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dikiritik pengamal perubatan dan netizen kerana mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.

Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan evidence-based medicine, dan KKM dijangka mengeluarkan keputusan berhubung ujian klinikal Ivermectin pada September ini.