KUALA LUMPUR: Desentralisasi atau pengagihan kuasa kepada kerajaan negeri perlu dipraktikkan oleh Kerajaan Persekutuan khususnya di Sabah bagi membolehkan urus tadbir kesihatan serta prosedur operasi standard (SOP) dapat disesuaikan dengan situasi semasa negeri dan daerah.
Perkara tersebut disuarakan oleh beberapa Ahli Parlimen dari Negeri di Bawah Bayu itu pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini antaranya Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis), yang menyatakan ini berikutan keluasan negeri Sabah yang besar.
LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
JOM PANTAU AHLI PARLIMEN ANDA SEPANJANG SIDANG MESYUARAT KHAS
"Bukan (di) semua (bahagian) negeri itu boleh kita kuatkuasakan SOP seragam, mungkin di Kota Kinabalu lain, di Beaufort lain, di Kudat lain tetapi kita sekarang ini hanya sama rata.
"Jadi saya minta kerajaan pusat melalui Kementerian Kesihatan (KKM) ini praktikkanlah dasar desentralisasi ini kerana ini akan dapat memperlihatkan bagaimana kita dapat membantu kerajaan dan membantu rakyat yang sedang susah akibat COVID-19," katanya.
Terdahulu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) mencadangkan penubuhan pasukan petugas mengkaji isu desentralisasi supaya penurunan kuasa dapat diberikan bukan sahaja di peringkat kerajaan negeri malah kerajaan tempatan dalam banyak hal kesihatan dan pendidikan.
"Walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan, hal berkaitan kesihatan dan perubatan ini memang hal Persekutuan tetapi dalam senarai bersama, hal-hal berkenaan kesihatan awam adalah senarai bersama di mana kerajaan negeri juga mempunyai peranan bukan sahaja membuat perundangan tetapi dalam hal urus tadbir," katanya.
Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) pula membangkitkan isu kurangnya penglibatan aset kerajaan bagi menjaga pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Sabah.
"Kebanyakan PKRC di Sabah tidak seperti di Semenanjung, ketiadaan talian telekom di PKRC menyukarkan pengurusan organisasi malah ada PKRC terpaksa cari penaja untuk alat penapis air bagi kemudahan pesakit," katanya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar setiap hospital atau Pejabat Kesihatan Daerah diberi dana secara langsung bagi kos luar jangka berkaitan pengurusan pesakit COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Perkara tersebut disuarakan oleh beberapa Ahli Parlimen dari Negeri di Bawah Bayu itu pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. - BERNAMA

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.