KUALA LUMPUR: Meskipun didesak berulang kali, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tetap dengan keputusannya mengarahkan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat dibuat pada Isnin depan.
Tegasnya, beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk memberikan penjelasan menyeluruh.
Menurutnya, beliau akan mengikut aturan urusan mesyuarat terlebih dahulu bagi memberikan masa secukupnya untuk penjelasan isu itu pada Isnin.
"Jadi, menteri undang-undang yang akan jawab. Saya telah perintahkan beliau untuk jawab pada hari Isnin ini.
“Saya ikut aturan urusan mesyuarat kerana hari ini bukan cakap pasal darurat, semalam pun bukan cakap pasal darurat.
“Jadi boleh kita sambung dengan aturan mesyuarat hari ini?” soal beliau sebelum menyambung aturan mesyuarat seperti yang telah ditetapkan.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan pengumuman pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat Takiyuddin adalah tidak sah sekiranya belum dipersembah atau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, Anwar juga mendakwa tindakan itu boleh mencetuskan krisis Perlembagaan kerana Kerajaan dan Perdana Menteri seharusnya mempersembahkan dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara berkenaan terlebih dahulu.
Sebelum itu, Takiyuddin pada Isnin memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kerajaan membatalkan enam Ordinan Darurat bermula 21 Julai lalu.
Takiyuddin juga mengumumkan, kerajaan tidak akan menasihati Al-Sultan Abdullah untuk meneruskan Proklamasi Darurat selepas ia tamat pada 1 Ogos depan.
Ridauddin Daud
Tue Jul 27 2021

Meskipun didesak berulang kali, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tetap dengan keputusannya mengarahkan penjelasan pembatalan Ordinan Darurat dibuat pada Isnin depan. - Gambar BERNAMA
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Bekas Speaker Dewan Perwakilan AS Pelosi dirawat di hospital tentera AS di Jerman
Nancy Pelosi dibawa ke hospital tentera AS di Landstuhl, berhampiran Pangkalan Udara Ramstein di Jerman, selepas dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat kecederaan.

Dewan Rakyat kecoh, Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari
Ahli Parlimen Pendang diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker, Tan Sri Johari Abdul.

Hasil lawatan kerja Johari dibawa ke Persidangan Speaker Parlimen dan DUN bulan depan
Johari berkata lawatan kerja itu bertujuan untuk berkongsi pertukaran ilmu dan pengalaman dalam kalangan Yang Dipertua Dewan.

Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap JKPK Dewan Rakyat.

Dewan Perwakilan AS adakan sesi undian keempat pilih Speaker
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa akan mengadakan undian kali keempat bagi memilih Speaker

SPR sudah maklum pembubaran DUN Kelantan esok - Speaker
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.

DUN Sarawak bersidang lapan hari, tiga RUU dibentang
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 15 hingga 24 Mei.

Dewan Rakyat: Belanjawan 2023, 12 RUU, empat usul diluluskan dalam mesyuarat kali ini
Mesyuarat kali ini juga menyaksikan beberapa pembaharuan, antaranya sesi soal jawab Menteri dijawab sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada setiap Selasa.

Perkataan 'kera' daripada Shahidan kepada Mohd Sany gamatkan Dewan Rakyat
Kata-kata itu pantas disanggah Mohd Sany yang menegaskan, sebagai orang lama, Shahidan sepatutnya memberi contoh yang baik kepada orang baharu dan tidak menggunakan perkataan seperti itu.

Mahkamah Tinggi tolak saman empat ADUN Pulau Pinang terhadap DUN dan Speaker
Mahkamah Tinggi menolak saman empat ADUN P. Pinang terhadap DUN negeri itu dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang berhubung usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing.