KUALA LUMPUR: Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan pelan hala tuju berfasa untuk menyokong peralihan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, yang tidak hanya bergantung kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Sewaktu membentangkan PPN, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sebaliknya akan melaksanakan strategi yang lebih holistik.
Menurut beliau, strategi itu merangkumi program imunisasi serta pelaksanaan saring, jejak dan asing dengan skala besar serta kadar yang lebih pantas.
“Ringkasnya, PPN adalah sebuah pelan pemulihan yang menumpukan kepada strategi untuk keluar dari ancaman COVID-19 secara selamat dan sistematik.
“Fasa-fasa yang digariskan adalah tertumpu kepada usaha untuk meringankan beban ke atas kapasiti sistem kesihatan awam, membuka semula sektor ekonomi, dan membenarkan aktiviti sosial dalam tempoh masa enam bulan sehingga akhir tahun ini,” katanya lagi.
LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN ADA DI SINI
PPN, jelas Perdana Menteri, tidak bersifat statik, tetapi dinamik, komprehensif dan boleh ditambah baik mengikut keperluan serta situasi semasa.
Tambahnya lagi, pelan itu melibatkan lima objektif utama iaitu melindungi sektor kesihatan awam dengan mengurus penularan wabak, mengurangkan kemasukan ke hospital dan meminumkan kadar kematian; memastikan sistem kesihatan yang mampan serta melaksanakan vaksinasi secepat mungkin bagi melindungi rakyat.
Selain itu, turut tergaris ialah membuka semula ekonomi dan membenarkan aktiviti sosial secara berperingkat dengan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan responsif serta fleksibel dalam mengadaptasi evolusi persekitaran.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebagai hala tuju ke arah membuka semula sektor ekonomi, PPN menggariskan empat fasa peralihan merangkumi perincian SOP untuk setiap fasa.
Peralihan fasa bagi sesebuah negeri, jelas beliau lagi, akan dinilai dan dipertimbangkan berdasarkan tiga indikator nilai ambang iaitu purata bilangan kes harian, kadar penggunaan katil di wad ICU dan peratusan rakyat dewasa yang lengkap divaksinasi.
“Dari semasa ke semasa, kerajaan akan terus memantau keadaan di setiap negeri dengan rapi termasuk mengambil langkah intervensi mengikut keperluan.
“Di samping itu, kerajaan akan tetap melaksanakan penilaian risiko termasuk menilai kesediaan mana-mana negeri untuk beralih ke Fasa Kedua, Ketiga atau Keempat.
“Dengan usaha berterusan untuk menggerakkan proses pemulihan dan program imunisasi yang sedang berjalan lancar, kita jangkakan kebanyakan negeri dapat beralih ke Fasa Keempat seawal bulan Oktober nanti,” jelas Muhyiddin.
[LAPOR LANGSUNG] Sesi petang Sidang Mesyuarat Khas Parlimen sudah bermula
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sudah memutuskan di Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara, bagi negeri yang sudah berada di Fasa Kedua, ia tidak akan kembali ke Fasa Pertama.
Beliau berkata, begitu juga dengan negeri yang beralih ke Fasa Ketiga tidak akan patah balik ke Fasa Kedua kerana pendekatan PPN menekankan “exit strategy and no turning back”.
“Walau bagaimanapun, manusia merancang, tetapi perancangan Allah jualah sebaik-baiknya. Saya ingin memaklumkan, sekiranya berlakulah semula peningkatan kes di negeri tersebut, kerajaan akan mengetatkan kawalan pergerakan berdasarkan lokaliti..
“... tanpa perlu membuat perintah kawalan menyeluruh ke atas negeri atau wilayah seperti mana yang dilaksanakan kini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Jul 26 2021

PPN adalah sebuah pelan pemulihan yang menumpukan kepada strategi untuk keluar dari ancaman COVID-19 secara selamat dan sistematik, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.