KUCHING: Satu mesyuarat koordinasi antara pelbagai kementerian serta agensi Persekutuan akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri, bagi mempercepatkan pengenalan perundangan berkaitan karbon di Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tenaga Negara sebelum ini.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga telah bersetuju agar undang-undang tersebut disegerakan.
"Mesyuarat itu nanti akan melihat bagaimana kita dapat mempercepatkan pengenalan undang-undang, bukan sahaja untuk tenaga boleh baharu tetapi juga mengenai Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.
Sementara itu, Fadillah berkata buat masa ini, Sarawak merupakan negeri pertama yang telah meluluskan undang-undang berkaitan karbon di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.
"Sarawak sudah bersedia dari segi perundangan, peraturan dan sistem cuma di peringkat Persekutuan belum ada lagi. Sebab itu kita nak panggil mesyuarat ini, supaya kita dapat selaraskan undang-undang yang dah ada di Sarawak sebagai asas untuk kita bangunkan undang-undang di Persekutuan.
"Jika boleh disegerakan maka proses CCUS ini dapat berjalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024

Fadillah berkata perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tenaga Negara sebelum ini. - Gambar FB Fadillah Yusof
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Malaysia mahu memastikan industri CCUS disegerakan secepat mungkin - Rafizi
Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain.

CCUS rentas sempadan: Sarawak akan kerjasama dengan Persekutuan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Persekutuan dalam pengangkutan rentas sempadan bagi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

Rafizi, Premier Sarawak bincang RUU berkaitan perdagangan karbon
Rafizi hari ini mengadakan pertemuan dengan Abang Johari serta menteri kabinet negeri bagi membincangkan RUU berhubung perdagangan karbon.

Petros pelawa pelabur syarikat multinasional membida projek CCUS di Sarawak
Tiga tapak penyimpanan karbon telah dikenal pasti untuk pusingan bidaan ini, masing-masing mempunyai kelebihan dan peluang yang berbeza.

Industri CCUS perkasa usaha Malaysia capai sasaran pelepasan sifar bersih - Nik Nazmi
Industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) tidak boleh dilihat sebagai penyelesaian tunggal untuk mencapai penyahkarbonan.

Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Di bawah NETR, Malaysia sasar tubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan metrik setahun.

Kerajaan kenal pasti empat negeri berpotensi teraju industri CCUS - Rafizi
Beliau berkata ini berikutan kesemua negeri berkenaan mempunyai telaga minyak yang sudah tidak digunakan dan turut memiliki fasiliti terminal sedia ada bagi menjalankan aktiviti CCUS.

Mesyuarat pengenalan perundangan karbon selepas hari raya - TPM Fadillah
Satu mesyuarat koordinasi antara pelbagai kementerian serta agensi Persekutuan akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri, bagi mempercepatkan pengenalan perundangan berkaitan karbon di Malaysia.

Kerajaan komited pastikan pelaksanaan hab CCUS selari dengan NETR dan NIMP 2030
Kerajaan komited untuk memastikan pelaksanaan tiga hab Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) selari dengan agenda NETR dan NIMP 2030.

Petros tandatangani MoU dengan Posco untuk pembangunan perniagaan karbon di Sarawak
MoU itu ditandatangani dengan Posco Holdings, Posco International dan Posco Engineering and Construction Co Ltd.