KUALA LUMPUR: Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Program MFLS yang melibatkan tiga fasa ini menghimpunkan golongan belia daripada pelbagai negeri dan bangsa untuk sama-sama melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kefahaman seterusnya menyumbang kepada negara.
Bermula dengan MFLS Tier 1, di mana ia memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai program MFLS secara meluas di sekolah, manakala MFLS Tier 2 pula merupakan peringkat bagi membangunkan belia untuk menyumbang kepada komuniti dan masyarakat
Seterusnya, MFLS Tier 3 memfokuskan untuk melahirkan pemimpin muda yang berkarisma, berwawasan serta mempunyai pemikiran strategik di peringkat nasional dan antarabangsa.
Menariknya, program MFLS Tier 3 ini berpaksikan tujuh elemen iaitu kepimpinan, kenegaraan, pembentukan watak dan jati diri, keusahawanan, kesukarelawan, komunikasi dan pengantarabangsaan.
Menurut Ketua Pengarah AKM, Mohd Haswandi Ahmad, MFLS Tier 3 yang merupakan fasa terakhir bagi program itu melibatkan 150 belia terbaik daripada keseluruhan 20,000 setahun.
‘Tahap program ini sebernanya, bermula Tier 1 di sekolah, Tier 2 di pusat latihan kenegaraan selama lima hari berkursus dan kemudiannya kita ada saringan di mana sekarang ini Tier 3 kita himpunkan yang terbaik di antara yang terbaik.
‘Program ini adalah bagi menzahirkan satu bentuk penjenamaan pemimpin muda masa hadapan yang kita latih dari setiap fasa sejak mereka di bangku persekolahan lagi dengan melibatkan usia 15 tahun dan kemudiannya mereka telah dibawa sehingga ke hari ini, katanya.
Haswandi berkata program tersebut turut tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja malah terbuka kepada pelbagai jenis latar belakang.
“Sekolah harian, sekolah asrama penuh, MRSM, malah kita juga terlibat dengan sekolah-sekolah di bawah penyeliaan JAKIM dan semua ini kita adunkan modul yang kita harap boleh kita cungkil bakat dan juga bentuk-bentuk kemahiran secara lebih terperinci, tambahnya lagi”.
Program tersebut juga bakal menyediakan pelbagai pengisian menarik antaranya sesi bicara tokoh, Komunikasi Berimpak Tinggi, lawatan institusi, Bicara Kenegaraan, lawatan ke parlimen, Bicara Alumni MFLS, karnival sukan, kesukarelawanan, Asean Cultural Heritage dan Explorace City Race.
Menerusi program ini, peserta turut berpeluang untuk bertemu dengan tokoh-tokoh kepimpinan negara seperti Yang di-Pertua Negeri, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Barisan Menteri mahupun Timbalan Menteri.
Sementara itu, salah seorang peserta program MFLS Tier 3, Muhammad Hasif Syahir berkongsi rasa bertuah kerana dapat turut serta sehingga ke fasa itu.
“Sebagai pelapis kepimpinan negara, elemen kepimpinan ini sangat penting bagi kami dan untuk memupuk ilmu kepimpinan itu ia memerlukan satu kemahiran yang boleh dididik dan platform MFLS inilah platform yang sangat baik.
‘Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Akademi Kenegaraan Malaysia dan mengharapkan agar program berkualiti seumpama ini dapat dikekalkan," katanya.
Program MFLS Tier 3 sedang berlangsung bermula 12 Mei lalu sehingga 26 Mei bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
Selepas ini, para belia berpeluang mengikuti program di peringkat antarabangsa menerusi program MFLS GO Global bagi memenuhi elemen pengantarabangsaan.
Amzar Alif
Thu May 16 2024
Presiden MFLS TIER 3 bersama-sama barisan pengurusan tertinggi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) sewaktu majlis perasmian. - Gambar AKM
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
"Pakcu Hassan" berusia seabad bersyukur dapat rai Tahun Baharu Cina bersama cicit
Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan penuh kesyukuran kerana dikelilingi anak-anak, cucu, dan cicit.
Polis 'buru' dua lelaki Indonesia hantar mangsa tembakan ke hospital di Serdang
Pihak polis juga mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada dalam bot sewaktu kejadian.
Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.
Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
10 Berita Pilihan - (30 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 31 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
AKM kurang mampu tangani pengaruh media sosial - SKMM
Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) dilihat kurang mampu untuk menangani pengaruh media sosial yang cukup tinggi kepada masyarakat.