KUALA LUMPUR: Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia For Syria (MFS) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM500,000 bagi kempen Musim Sejuk Syria siri ke-10 yang bermula pada Isnin depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFS, Syahrir Azfar Saleh, bantuan untuk pelarian yang tinggal di khemah-khemah sekitar Syria, Turki dan Lubnan amat kritikal pada ketika ini susulan musim sejuk yang kadang kala mencecah -10 darjah Celsius serta diburukkan lagi dengan penularan COVID-19.
"Bahan yang paling penting ketika ini adalah bahan bakar seperti arang, petrol atau diesel kerana rakyat Syria terpaksa membakar pakaian mereka dan apa saja yang mereka ada untuk mendapatkan haba.
"Jadi kita perlu tambah bahan bakar untuk mereka pada musim yang ekstrim ketika ini dan bantuan yang diberikan mungkin hanya dapat bertahan dalam satu atau setengah bulan sahaja," katanya dalam ketika ditemui Astro AWANI di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ketika pelepasan Misi Musim Sejuk Syria 10.0, pada Sabtu.
Seramai lapan sukarelawan mengikuti misi kali ini yang turut disertai pengacara televisyen dan juga model iklan Trivago, Dahlia Shazwan yang kali pertama menyertai misi bantuan Kemanusiaan ke Syria selepas tiga tahun menjadi duta kepada MFS.
Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setakat Januari 2021, 13.3 juta penduduk yang berada di dalam Syria memerlukan pelbagai bentuk bantuan Kemanusiaan.
Situasi di Syria dikategorikan sebagai krisis pelarian terbesa di dunia pada zaman moden dengan 5.5 juta pelarian Syria berada di sekitar Turki, Lubnan, Jordan, Mesir dan Iraq manakala 6.7 juta lagi berada di dalam Syria namun hidup sebagai pelarian.
Mengulas lanjut, Syahrir berkata, matlamat MFS tidak terhad kepada menghantar misi kemanusiaan semata-mata namun mahu bangkit semula bersama rakyat Syria membina semula negara mereka yang telah musnah dek perang selama lebih sedekad.
"Daripada segi ekonomi, sosial, pendidikan, pekerjaan semua ini penting untuk dibina semula sedikit demi sedikit dan inilah tumpuan MFS di masa hadapan.
"Ketika ini kita masih perlu meningkatkan udaha untuk mengeluarkan mereka daripada kehidupan yang tertekan kepada lebih baik di masa hadapan," jelasnya.
Syahrir menjelaskan selepas 10 tahun MFS menjalankan misi kemanusiaan di Syria yang juga disertai NGO lain nama Malaysia kini sangat terkenal di negara itu dan jirannya Turki serta Lubnan.
"Nama Malaysia telah melekat dan sangat biasa di negara-negara ini dan mereka kenal negara kita melalui keprihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang banyak membantu menyalurkan bantuan.
"Rakyat Syria sememangnya akui bahawa penderitaan mereka didengari oleh rakyat Malaysia dan inilah yang menjadikan negara kita terkenal di sana," ujarnya.
Layari pautan ini untuk bantu meringankan beban mereka:
https://infaksyria.com/donations/musim-sejuk/
Afiezy Azaman
Sun Jan 16 2022

Situasi di Syria dikategorikan sebagai krisis pelarian terbesa di dunia pada zaman moden.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Kecemasan! Khemah pelarian musnah akibat salji, bantuan diperlukan
Ratusan keluarga pelarian perlukan penempatan semula dan khemah baharu untuk menempuh musim sejuk yang dijangka berakhir pertengahan Februari.

Nasib pelarian yatim piatu di negara perang
Kesan perang terhadap kanak-kanak Syria dianggap yang paling dahsyat pernah terjadi dalam sejarah.

MFS sasar RM500,000 dana bantu pelarian Syria hadapi musim sejuk
Malaysia For Syria (MFS) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM500,000 bagi kempen Musim Sejuk Syria siri ke-10 yang bermula pada Isnin depan.