IPOH: Acapkali apabila tiba 8 Mac, ada sekelumit perasaan ingin tahu tercetus dalam kalangan waris penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370, apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat itu tujuh tahun lepas, mengiringi doa dan harapan agar keajaiban akan muncul satu hari nanti.
Ada juga yang sudah tidak mahu mengingatinya dan hanya berserah kepada Tuhan serta pihak berkuasa dalam merungkai misteri paling pelik dalam sejarah penerbangan dunia itu.
Maira Elizabeth Nari, anak perempuan ketua pramugara pesawat itu, Andrew Nari berkata, tiada apa yang boleh dilakukan dan kehidupan perlu diteruskan walaupun tahun demi tahun sejak kehilangan pesawat itu silih berganti, tanpa sebarang jawapan bagi merungkai misteri kehilangannya.
"Sudah bertahun berlalu, cepat sungguh tujuh tahun. Perasaanya sama seperti keadaan tujuh tahun lepas semasa saya berumur 17 tahun, tapi tiada apa yang boleh kita lakukan, hanya teruskan sahaja kehidupan, kami baik-baik sahaja, setiap tahun sama," katanya kepada Bernama.
BACA: 10 tanda tanya berkenaan kehilangan MH370
BACA: Berakhirnya kisah MH370
Sementara itu, adik ipar kepada Ketua Pramugari MH370, Goh Sock Lay yang enggan dikenali, sewaktu ditemui dirumahnya di Kampung Tawas, di sini baru-baru ini berkata, peristiwa yang berlaku itu tidak mahu diingati mereka lagi.
"Kami sudah tidak mahu ingat lagi peristiwa (tragedi MH370), sudah lama kami sekeluarga sudah lupa. Apa mahu cerita lagi, ini sedih punya hal tak nak ingat lagi," katanya.
Beliau berkata, suami Goh Sock Lay kini bekerja di sebuah kilang sarung tangan di Seremban dan sudah agak lama tidak pulang ke kampung halaman, hanya berhubung dengan mereka sekeluarga menerusi panggilan telefon untuk bertanya khabar.
Lelaki berkenaan berkata, mereka sekeluarga menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada kerajaan Malaysia dan mereka tidak mempunyai hak untuk mencampuri misi pencarian penerbangan MH370.
Sementara itu, wakil keluarga kepada salah seorang penumpang MH370, Tan Ah Meng di Kampung Kanthan, Chemor di sini turut mengakui sudah melupakan peristiwa itu.
"Kami sekeluarga sudah lupa kejadian itu, tidak ada apa mahu cakap," katanya menambah, kedua ibu bapa Tan Ah Meng sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas.
BACA: Retrospektif #MH370
Sementara itu, seorang pakar penerbangan, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, tiada petunjuk baharu mengenai kehilangan pesawat itu timbul setakat ini, dan keadaan ini kemungkinan menggusarkan ramai pihak.
Namun juruterbang ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berkata, ada beberapa kes rujukan, yang menyaksikan bangkai kapal terbang dijumpai selepas hilang beberapa tahun dan tidak salahnya jika ada pihak yang ingin meneruskan usaha mencari pesawat Boeing 777 itu.
"Contohnya ialah bangkai kapal terbang Piper dijumpai di Michigan Amerika Syarikat selepas 21 tahun manakala bangkai kapal terbang Learjat yang dijumpai di New Hampshire Amerika Syarikat selepas tiga tahun.
"Di dalam kes kes itu, usaha pencarian dilakukan secara besar-besaran dan terperinci, namun kesan kemalangan udara itu tidak dijumpai sehingga selepas beberapa tahun kemudian. Ini menunjukkan harapan masih jikalau ada pihak masih berhasrat untuk meneruskan usaha pencarian," katanya.
Esok genap tujuh tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dan keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu masih menanti pengakhiran episod tragis terbabit.
Kementerian Pengangkutan sebelum ini dilaporkan masih belum memutuskan sama ada akan melancarkan semula pencarian MH370 atau tidak, kerana setakat ini tiada sebarang bukti baharu mengenainya ditemui untuk mengerakkan semula pencarian.
Sumber Kementerian Pengangkutan memberitahu Bernama, kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan tragedi tersebut dalam masa terdekat. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat MH370, namun, sesuatu yang jelas dan pasti ialah doa dan harapan sentiasa dipanjat memohon agar keajaiban akan muncul satu hari nanti.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Kabinet setuju secara prinsip teruskan pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Kerajaan bersetuju secara prinsip menerima tawaran syarikat dari United Kingdom, Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.

Malaysia pertimbang tawaran pencarian semula MH370 di lokasi baharu
Malaysia sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian MH370.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.

Kapal latihan China JinggangShan pernah terlibat dalam misi pencarian MH370 - Exco
Satu daripada dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lepas pernah terlibat dalam misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada 2014.

Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'
Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.

Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.

MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.

Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.