Teka-teki mengenai status serpihan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau La Reunion dijangka boleh diketahui dalam tempoh 72 jam.
Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain, andaian itu dibuat berdasarkan kebiasaannya itu adalah prosedur siasatan oleh badan siasatan antarabangsa.
"Saya berani cakap kita tunggu dulu siasatan ... dalam tempoh 72 jam kita akan dapat tahu secara mutlak dari mana dan dari pesawat mana serpihan yang dijumpai itu datang," kata Nik Huzlan, pada Khamis.
BACA: Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini
BACA: Masih terlalu awal untuk buat spekulasi serpihan ditemui milik MH370 - Najib
BACA: 'Saya sudah masak dengan drama murahan sebegini' - Waris
Huzlan optimis, penemuan serpihan sayap itu akan membawa kepada penemuan sebenar pesawat MH370 yang hilang lebih setahun lalu.
Jelasnya, berdasarkan petunjuk serpihan yang ditemui itu, terdapat kebarangkalian tinggi ia akan membawa pasukan penyiasat kepada penemuan pesawat itu.
"Kalau itu milik Boeing 777, maknanya ia datang dari badan pesawat MH370, setahu saya terdapat 1200 Boeing 777 dijual dari tahun 1996, sehingga sekarang hanya lima buah pesawat yang musnah di daratan dan hanya satu pesawat musnah dalam air dan hilang iaitu pesawat MH370," jelasnya lagi.
Katanya, jika ia buatan Boeing 777, maka ia jelas membuktikan serpihan tersebut adalah milik MH370.
Beliau berkata demikian ketika temubual secara langsung dalam Buletin Awani 7.45 yang disiarkan pada Khamis.
Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari dan penyelamat tidak menjumpai serpihan pesawat MH370.
Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Jul 30 2015

HUZLAN: Dalam tempoh 72 jam kita akan dapat tahu secara mutlak dari mana dan dari pesawat mana serpihan yang dijumpai itu datang. - Foto AFP

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Australia 'berkeyakinan tinggi' serpihan pesawat yang dijumpai milik MH370
Pasukan pencarian Australia pada Jumaat berkata mereka berkeyakinan tinggi sisa pesawat yang dijumpai di pulau La Reunion, berhampiran Madagascar adalah dari pesawat Malaysia Airlines MH370.

MH370: Keputusan penemuan serpihan dalam tempoh 72 jam - Nik Huzlan
Huzlan optimis, penemuan serpihan sayap itu akan membawa kepada penemuan sebenar pesawat MH370 yang hilang lebih setahun lalu.