PUTRAJAYA: Empat lelaki terlepas tali gantung selepas pertuduhan mengedar 2.264 kilogram metamfetamina yang dihadapi mereka dikurangkan kepada memiliki dadah berkenaan.
P. Shamugasundram, 39, S. Vickneswaran, 41, K. Vignesvaran, 35 dan S. Sathan, 40, kemudian diperintah menjalani hukuman penjara 20 tahun dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 1 Feb 2016 dengan masing-masing dikenakan 10 kali sebatan.
Terdahulu, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang mewakili Shamugasundram, Vickneswaran dan Sathan, memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi mereka untuk meminda pertuduhan yang dihadapi keempat-empat tertuduh daripada mengedar kepada memiliki.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Vignesvaran.
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling, yang mengesahkan perkara itu, berkata persetujuan AGC adalah dengan syarat kesemua perayu mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel itu kemudian mengetepikan hukuman mati terhadap kesemua tertuduh dan mensabitkan keempat-empat lelaki dengan pertuduhan pindaan memiliki dadah selepas mereka mengaku bersalah.
Beliau berkata tempoh pemenjaraan selama 20 tahun adalah bersesuaian untuk setiap tertuduh.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abu Bakar Jais.
Mengikut pertuduhan, mereka didapati memiliki dadah itu di Jalan SM 2, Sunway Batu Caves di Gombak, Selangor pada 4 petang 1 Feb 2016.
Mahkamah Tinggi pada 2019 telah menjatuhi hukuman mati ke atas Shanmugasundram yang juga seorang pemandu teksi, Vickneswaran (pekerja rencam), Vignesvaran (kerani penghantaran) dan Sathan (pengawal keselamatan).
Selepas permohonan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ditolak oleh Mahkamah Rayuan, mereka membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Terdahulu, menerusi peguam masing-masing, keempat-empat lelaki meminta hukuman penjara minimum selain menzahirkan kekesalan dan meminta agar diberikan satu lagi peluang manakala pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi mengelakkan orang lain melakukan kesalahan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling, yang mengesahkan perkara itu, berkata persetujuan AGC adalah dengan syarat kesemua perayu mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Bunuh suami buta: Dua beradik terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 33 tahun
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas membenarkan rayuan GS Angela Dewi dan GS Vijaya terhadap hukuman.

Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun
Empat lelaki terlepas tali gantung selepas pertuduhan mengedar 2.264 kilogram metamfetamina yang dihadapi mereka dikurangkan kepada memiliki dadah berkenaan.

Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.

Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.

Bekas pekerja kilang dipenjara 10 tahun atas kematian rakan serumah
Seorang bekas pekerja kilang terlepas tali gantung selepas pertuduhan membunuh rakan serumahnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.

Bekas pemandu lori bunuh bapa terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 35 tahun
Panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh terhadap hukuman mati yang dijatuhi ke atasnya.

Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun
Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Nov 2016.

Penghantar makanan terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun miliki kanabis
Seorang penghantar makanan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengedar 764.9 gram dadah jenis kanabis dipinda kepada memiliki dadah.

Warga emas jerut, bunuh jiran dipenjara 38 tahun
Seorang lelaki warga emas terlepas tali gantung selepas dijatuhi hukuman penjara 38 tahun setelah didapati bersalah membunuh jirannya.