GOPENG: Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan oleh pengukir terkenal abad ke-19, iaitu Allahyarham Megat Ja'afar, keturunan Megat Terawis, ditemui masih terpelihara dan utuh di dalam Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang di sini.
Megat Ja'afar merupakan keturunan Megat Terawis iaitu Orang Kaya Bendahara Perak yang pertama pada zaman pemerintahan Sultan Perak pertama, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I.
Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Harleny Abd Arif berkata, mimbar dengan ketinggian lebih tiga meter itu mempunyai keunikan tersendiri.
"Dalam ratusan mimbar seluruh negara ini dan negara jiran yang saya kaji dan temui, saya dapati mimbar ini mempunyai kelainan dari segi inskripsi yang berada di bahagian dalam kerangka mimbar yang tercatat nama Megat Ja'afar berserta tahun pembuatan dalam angka Arab," katanya kepada Bernama sewaktu melawat mimbar tersebut di Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang, terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh.
Katanya, angka versi Arab itu apabila diterjemahkan ke Rumi, ia mencatatkan tahun 1323 Hijrah, bersamaan tahun 1905 Masihi. Lebih menariknya, mimbar berkenaan dipercayai dihasilkan pada tahun sama masjid itu didirikan.
Harleny berkata antara keunikan yang terdapat pada mimbar yang diperbuat daripada kayu keras itu adalah motif ukirannya diilhamkan daripada sumber alam semula jadi termasuk motif daun Kelumpang, daun Ketumbit dan daun Bayam Peraksi.
Katanya hasil kajian yang dijalankan sejak 2009 itu turut mendapati terdapat tiga jenis teknik ukiran yang diaplikasikan pada mimbar berusia lebih seabad itu iaitu teknik Tebuk Tembus Bersilat, Tebuk Timbul Bersilat dan Ukiran Layang.
"Kajian ini juga saya jalankan dengan merujuk Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia bagi mendapatkan maklumat berkenaan Megat Ja'afar dan Persatuan Penggiat Seni Ukiran Kayu Malaysia (PENGUKIR) bagi mengesahkan jenis motif pada mimbar," katanya.
Menurutnya, terdapat juga mimbar yang dihasilkan Megat Ja'afar ada ditempatkan di Masjid Teluk Memali Seri Bougainvillea di Perak Tengah, kira-kira 16 tahun kemudian kerana ditemui terdapat inskripsi di bahagian belakang panel gunungan mimbarnya, sama seperti inskripsi yang dicatatkan pada mimbar Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang Mohd Sukri Saad ketika ditemui memberitahu pihak pengurusan masjid sentiasa memelihara mimbar yang ditempatkan di masjid berusia lebih seabad itu supaya tetap terpelihara.
Menurutnya, sejarah mimbar itu amat terkenal dan dikagumi oleh penduduk asal di kampung itu yang sering mengunjungi masjid berkenaan.
"Ini adalah antara masjid tertua di sini selain Masjid Teluk Memali yang terletak kira-kira 13 kilometer dari sini.
"Antara kerja-kerja penyelenggaraan yang kita lakukan termasuklah menitikberatkan penjagaan kayu dengan mengecatnya semula," katanya.
Mohd Sukri berkata mimbar itu tetap kukuh sehingga ke hari ini kerana pembuatanya menggunakan teknik cantuman baji tanpa menggunakan sebarang paku.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021

Sejarah mimbar itu amat terkenal dan dikagumi oleh penduduk asal di kampung itu yang sering mengunjungi masjid berkenaan. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Tongkat khutbah tulang ikan yu paus berusia 126 tahun di masjid Terengganu
Selain pada bahagian hulu tongkat, tulang ikan yu paus dijadikan sebahagian daripada 99 gelung kecil berbentuk segi lapan dan disarungkan pada tongkat kayu.

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun ditemui
Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan oleh pengukir terkenal abad ke-19 Allahyarham Megat Ja'afar, keturunan Megat Terawis.

Suspek khianat surau ditahan
Suspek didapati positif dadah serta mempunyai beberapa rekod jenayah berkaitan dadah dan curi.