ALOR SETAR: Lima pelajar antarabangsa termasuklah tiga remaja Amerika Syarikat memperolehi pengalaman berharga apabila berpeluang belajar memasak bubur kanji Kedah.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Katherine Higgins, 16, berkata, dia berasa seronok untuk menimba pengalaman baharu mengenali masakan bubur terkenal di Kedah.
Katherine berkata, dia juga tidak sabar untuk memasak bubur itu,walaupun perlu membiasakan diri memasak dalam keadaan cuaca agak panas.
"Saya dan rakan-rakan buat pertama kalinya diajar tentang proses penyediaan dan memasak bubur kanji Kedah.
"Jadi, memang satu pengalaman menyeronokkan dan berharga sekali gus tidak akan dilupakan sampai bila-bila," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Katherine antara sukarelawan program AFS Kedah Branch ditemui pada program Kenduri Kanji Kedah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) di Muzium Negeri Kedah, pada Jumaat.
Hadir sama, Pengurus Besar Adabi, Datuk Jaafar Abdul Ghani.
Pengalaman sama turut dirasai Josephina William, 16, yang mengakui teruja untuk belajar memasak kanji Kedah.
Kata pelajar SMK Padang Serai itu, dia berpeluang memotong bahan-bahan masakan termasuklah bawang untuk menyediakan bubur itu.
Seorang lagi rakan mereka, Ava Perko, 16, turut mengakui teruja apabila memperolehi kemahiran baharu memasak bubur kanji Kedah.
"Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang mempelajari cara menyediakan salah satu makanan tradisi masyarakat tempatan itu," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi PSMCK, Dr Ibrahim Bakar berkata, kenduri itu diadakan dengan kerjasama Muzium Negeri Kedah, Syarikat Adabi Consumer Industries, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Persatuan Kelab-Kelab Malaysia (MAYC) Negeri Kedah dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA).
Menurutnya, proses penyediaan dan memasak 50 kilogram (kg) kanji Kedah yang turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar Amerika dan Itali itu bermula seawal jam 8.30 pagi sebelum edaran 1,750 bubur dilakukan bermula jam 4.45 petang.
Beliau memberitahu, bubur kanji Kedah memiliki sejarah tersendiri yang perlu diperkenal dan dipromosikan lagi kepada orang ramai khususnya anak-anak muda sekarang.
Katanya, masyarakat Kedah telah lama mengusahakan sawah padi terutamanya setelah mula dibina sungai-sungai korok yang panjang sejak zaman pemerintahan Sultan Athaillah Muhammad Syah (1423-1473) untuk membolehkan masyarakat membuka sawah padi yang luas.
"Sejak itu, Kedah telah mula menghasilkan banyak beras sehingga negeri ini boleh digelar sebagai ‘Negeri Jelapang Padi’. Dengan itu masyarakat Kedah telah lama memiliki pelbagai resipi berasaskan beras tempatan, antaranya resipi bubur kanji, atau disebut juga kanji sahaja,"katanya.
Menurut Dr Ibrahim, bubur kanji yang lazimnya menjadi juadah berbuka puasa kerana rasanya boleh diterima semua golongan disediakan dengan pelbagai bahan rempah terpilih.
Beliau berkata, masakan bubur kanji Kedah dikatakan sama dengan juadah disebut ‘bubur lambuk’ oleh masyarakat Selatan Semenanjung namun ia sebenarnya berbeza sedikit dari sudut agihan rempah-ratus sekali gus menghasilkan sedikit kelainan pada rasanya.
"Yang pasti, bubur kanji merupakan lambang perpaduan masyarakat kampung dan boleh menjadi juadah pelbagai golongan kerana rasanya universal," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 16 2023

Dari kiri, Katherine Higgins, Josephina William, Ava Perko. - Foto Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Sasaran 250,000 pelajar antarabangsa turut melibatkan IPTS - Zambry
Sasaran kemasukan kira-kira 250,000 pelajar antarabangsa tidak hanya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tetapi juga IPT swasta yang memenuhi piawaian.

Permohonan visa pelajar antarabangsa turun mendadak susulan tindakan Australia kawal migrasi
Sebanyak 15,270 permohonan visa pelajar antarabangsa dari luar negara diterima pada Ogos, berbanding 30,703 pada Ogos 2023.

Australia naikkan yuran visa pelajar antarabangsa lebih dua kali ganda
Kenaikan yuran ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal jumlah migrasi ke Australia.

Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.

Kanada naikkan syarat kos sara hidup pelajar antarabangsa
Kerajaan Kanada bakal memperkenalkan syarat baharu kos sara hidup untuk pelajar antarabangsa yang akan tiba pada 1 Januari 2024, lapor Xinhua.

Pelajar diseru jalin persahabatan termasuk pelajar antarabangsa - Raja Zarith Sofiah
Permaisuri Johor bertitah agar pelajar tempatan mengeratkan jalinan muhibah dan menyebarkan kebaikan tanpa mengira bangsa atau agama.

'Minah Salleh' teruja belajar masak kanji Kedah
Mereka antara sukarelawan program AFS Kedah Branch yang menyertai program Kenduri Kanji Kedah di Muzium Negeri Kedah.

MQA, EMGS perkukuh kerjasama akreditasi program pelajar antarabangsa
Kerjasama itu bertujuan untuk perkongsian data daripada kedua-dua agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan.

Lewat terima visa: UIAM minta pelajar antarabangsa bersabar
Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan) UIAM, Prof Dr Ahmad Faris Ismail berkata, pihak universiti sentiasa memandang serius perkara tersebut.