PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memastikan pembelian aset ketenteraan dilakukan secara telus termasuk hasrat Malaysia untuk membeli aset daripada Turki.
Menurut Timbalan Menterinya, Adly Zahari, Mindef juga dalam proses memperkemaskan perjanjian pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) dalam memastikan perolehan aset ketenteraan diterima mengikut jadual yang ditetapkan.
"Kita serahkan kepada anggota tentera kita (Majlis Angkatan Tentera) untuk memilih aset pertahanan tetapi dari segi lebih banyak melaksanakan proses G2G, kita sedang memperkemaskan perjanjian kita.
"Konsep G2G ini membolehkan kita memastikan aset itu sampai mengikut yang kita jadualkan," katanya ketika ditemui selepas perasmian Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan anjuran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di New York menzahirkan kesediaan Malaysia untuk membeli peralatan ketenteraan dari negara itu.
Anwar berkata sebelum ini ada peralatan ketenteraan yang telah dibeli daripada Korea Selatan, dan menurutnya peralatan sesuai yang hendak dibeli dari Turkiye, kemungkinan dron dan helikopter akan diputuskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia.
Mengulas lanjut, Adly berkata Mindef sedang mempergiatkan usaha memperkasakan cabang pertahanan keselamatan siber kerana ia disifatkan sebahagian daripada keperluan pada masa kini dan hadapan.
Jelas beliau, biasanya sebahagian belanjawan yang diperuntukan kepada Mindef digunakan untuk meningkatkan kemampuan siber seperti infrastruktur, kepakaran serta latihan.
"Sebab itu kita di Mindef memang ada bahagian elektromagnetik yang melibatkan siber.
"Kita akan tingkatkan dari masa ke masa kemampuan, dan dalam masa yang sama kita juga ada kerjasama dengan Universiti Pertahanan Nasional, selain semua cabang di Mindef termasuk Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia," ujarnya lagi.
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk terus memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
Sementara itu, beliau berkata Program Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan anjuran STRIDE diharap membuka peluang kepada para pelajar untuk mendalami teknologi menerusi pameran daripada pempamer-pempamer yang terlibat.
Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi Pertahanan merupakan aktiviti keempat yang diadakan pada tahun ini sebelum pertandingan akhir Inovasi Pertahanan Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 16 November depan.
Hasimi Muhamad
Tue Oct 03 2023

Adly berkata Mindef sedang mempergiatkan usaha memperkasakan cabang pertahanan keselamatan siber kerana ia disifatkan sebahagian daripada keperluan pada masa kini dan hadapan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

'Kita tak nak berperang dengan sesiapa, dah tak boleh pakai'. Aset tentera perlu terkini
Ketika ini secara purata kesiagaan aset TLDM masih berada di tahap yang memuaskan dan belum mencapai sasaran yang ditetapkan.