KUALA KRAI: Selepas 17 tahun ditutup, Mini Zoo Kuala Krai kembali beroperasi kepada pengunjung dengan menempatkan lebih 50 spesies haiwan termasuk unta.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek pembangunan berteraskan ekopelancongan tersebut menelan belanja RM2.5 juta dan dibuka kepada pengunjung bermula Khamis.
Menurutnya, Zoo Kuala Krai dibina pada 24 Disember 1964 di tanah seluas 0.4 hektar dan kemudian pada tahun 1989, zoo mini itu dipindahkan ke Bukit Banding, Jalan Kubang Lebur di sini, di tanah seluas 2.2 hektar.
“Seterusnya pada tahun 2005, Zoo Kuala Krai ditukarkan status kepada Taman Burung Kuala Krai sebelum ditamatkan operasinya pada tahun 2011.
“Pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai ini pasti mengimbau kembali memori dan nostalgia yang terpahat dalam memori yang akan menghiburkan rakyat Kelantan sebagai pusat rekreasi serta pelancongan,” katanya ketika ditemui pada Program Menteri Besar Jupo Mato bersama rakyat daerah Kuala Krai dan Perasmian Mini Zoo Kuala Krai di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Exco Kebudayaan Pelancongan dan Warisan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman dan Ketua Jajahan Kuala Krai, Tengku Ab Rahman Tuan Yunus.
Ahmad berkata, pembangunan semula Mini Zoo Kuala Krai itu berkonsepkan manusia dan alam dengan sasaran pengunjung seramai 5,000 orang pada setiap bulan.
“Mini Zoo Kuala Krai adalah satu lokasi strategik dan pelancongan baharu di Jajahan Kuala Krai yang akan menggalakkan pelancongan domestik, menjadi pusat konservasi hidupan liar, mewujudkan peluang pendidikan dan menggalakkan perkembangan ekonomi setempat.
“Saya juga amat berharap Mini Zoo Kuala Krai ini dapat menjadi lokasi rekreasi keluarga tumpuan di Kelantan,” katanya.
Menurut beliau, tiket masuk ke Mini Zoo Kuala Krai bagi dewasa adalah RM10 manakala kanak-kanak dan warga emas RM5 serta orang kurang upaya (OKU) percuma.
“Sempena pembukaan ini, rakyat boleh mengunjungi zoo tersebut dengan menikmati harga tiket promosi dewasa RM8 manakala kanak-kanak RM4 selama sebulan bermula hari ini,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 28 2022
Ahmad (dua dari kiri) melawat Mini Zoo Kuala Krai pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Gencatan senjata: Hamas beri komitmen, gesa Israel patuh perjanjian
Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa di Gaza pada hari Ahad.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Polis India tahan suspek serang Saif Ali Khan
Suspek, yang dipercayai warganegara Bangladesh berusia 30 tahun, ditahan di bandar Thane yang bersempadan dengan Mumbai.
Menteri Luar Estonia cadang TikTok diharamkan di Eropah
Eropah perlu pertimbang haramkan TikTok kerana platform itu didakwa menyebarkan maklumat palsu.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
Mini Zoo Kuala Krai kembali dibuka selepas 17 tahun
Projek pembangunan berteraskan ekopelancongan tersebut menelan belanja RM2.5 juta dan dibuka kepada pengunjung bermula Khamis.