SEREMBAN: Dua pengarah syarikat termasuk anak bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu.
Muhammad Faisal Hamzah, 39, dan Azizul Abdul Halim, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mazni Nawi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd sebagai pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak telah memberikan maklumat palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).
Maklumat itu diberi semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan mengemukakan dokumen atau maklumat yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung dokumen/ invois penjualan minyak masak kepada Pasar Segar Din Maju.
Perbuatan itu dilakukan pada 12 Ogos 2022, lebih kurang jam 5 petang di Pejabat KPDN Seremban 2.
Justeru itu mereka didakwa di bawah Seksyen 8 ( 4 ) ( b ) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 ( 2 ) akta sama.
Selain itu, tertuduh selaku pemegang lesen borong juga telah didapati melanggar Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50 metrik tan.
Kesalahan itu dilakukan pada 11 Ogos 2022, jam 11.15 malam di premis perniagaan Rimba Merpati Sdn Bhd di Kawasan Industri Sinar Andalas , Senawang di Seremban.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22 (4) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Mohd Sophian Zakaria tidak menawarkan jaminan, namun jika mahkamah mahu memberikan jaminan, beliau memohon menetapkan satu nilai jaminan tinggi dengan mengambil kira jumlah pertuduhan.
Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 kepada setiap tertuduh dan menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Qurratu 'Aini Zafirah Mat Shoib.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Apr 05 2023
![Minyak masak: Anak Hamzah Zainudin dihadap ke mahkamah Minyak masak: Anak Hamzah Zainudin dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680680195_DOKUMENPALSU.jpg)
Muhammad Faisal (gambar) dan Azizul bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mazni Nawi. - Gambar/ Astro AWANI
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Bicara kes rasuah anak Hamzah Zainudin bermula Mac 2025 Bicara kes rasuah anak Hamzah Zainudin bermula Mac 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724908850_MuhammadFaisalHamz.jpg)
Bicara kes rasuah anak Hamzah Zainudin bermula Mac 2025
Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin, Muhammad Faisal Hamzah akan bermula 24 Mac tahun depan.
![Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin akan didengar hakim baharu Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin akan didengar hakim baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723100874_FaisalHamzah.jpg)
Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin akan didengar hakim baharu
Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada Hamzah Zainudin yang berdepan pertuduhan rasuah akan didengar di hadapan hakim baharu.
![Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000 Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717560204_MuhammadFaisal.jpg)
Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000
Perunding syarikat, Muhammad Faisal, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan hakim.
![Minyak masak: Anak Hamzah Zainudin dihadap ke mahkamah Minyak masak: Anak Hamzah Zainudin dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680680195_DOKUMENPALSU.jpg)
Minyak masak: Anak Hamzah Zainudin dihadap ke mahkamah
Anak Datuk Seri Hamzah Zainudin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu.