KUALA LUMPUR : Pelaksanaan skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara, darat dan laut bersama Brunei dapat merancakkan kembali ekonomi tempatan khususnya di daerah berdekatan sempadan negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daerah-daerah yang bakal mendapat manfaat termasuklah Miri, Limbang dan Lawas.
"Selain Singapura dan Indonesia, Brunei secara dasar juga telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan VTL ini hasil perbincangan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah semasa kunjungan saya ke Brunei baru-baru ini.
"Langkah ini bukan sahaja mampu memulihkan industri pelancongan Sarawak tetapi merancakkan kembali ekonomi khususnya di bahagian Miri, Limbang dan Lawas yang terletak bersempadan dengan Brunei," kata beliau dalam ucapan bersempena pelancaran Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.
Ujarnya lagi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif pelancongan bagi mengangkat kembali sektor itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, jelas beliau lagi, kerajaan turut bercadang untuk memperluaskan inisiatif VTL ke Thailand dalam membantu merancakkan ekonomi negara secara keseluruhannya dalam fasa pasca COVID-19.
BACA: Buka sempadan: Malaysia, Thailand setuju laksana VTL
Beliau berkata demikian dalam majlis Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Air Kuching, Sarawak pada Sabtu.
Sambutan Citrawarna kali ini dalam masa sama turut mempromosikan Bandar Raya Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif di peringkat UNESCO di bawah kategori gastronomi dan World Craft City.
"Pemilihan Kuching sebagai lokasi sambutan Citrawarna juga amat bersesuaian memandangkan Bandar Raya Kuching telah mendapat pelbagai pengiktirafan penting di peringkat antarabangsa.
"Antaranya sebagai Bandar Raya Kreatif oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori gastronomi dan ASEAN pada November 2021 dan Bandaraya Kraf Dunia (World Craft City) oleh Majlis Kraf Dunia Asia Pasifik pada 2018.
"Kejayaan menjadi Creative City of Gastronomy ini, Kuching dilihat mampu merancakkan ekonomi dan industri pelancongan dan kebudayaan khususnya di Sarawak," tambah beliau.
Setelah empat tahun tidak diadakan, Kuching menjadi destinasi pertama bagi penganjuran Citrawarna Malaysia.
Kali ini ia dilangsungkan bermula 24 ke 27 Februari 2022 bermula jam 10 pagi hingga 11 malam menampilkan pelbagai acara kebudayaan menarik serta seni persembahan bagi mengangkat semula industri pelancongan negeri itu.
Nickyson Nyambar
Sat Feb 26 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daerah-daerah yang bakal mendapat manfaat termasuklah Miri, Limbang dan Lawas. - Foto BERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Hanya 2,450 pengunjung dibenar hadir malam gala Citrawarna Keluarga Malaysia - Nancy
MOTAC bersama JPBN Sarawak telah merangka prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk pengunjung ke program itu.