KUALA LUMPUR: Orang ramai diseru agar tidak menggunakan aksesori dummy buckle sebagai alat penyah aktif penggera tali pinggang keledar, kerana berisiko menyebabkan ciri keselamatan utama kenderaan tidak berfungsi dengan baik ketika kemalangan.
Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), penggunaan aksesori itu berisiko menyebabkan komponen keselamatan kenderaan seperti beg udara tidak berfungsi pada tahap optimum dan tidak mampu melindungi pemandu dan penumpang dalam kemalangan.
Kajian MIROS pada 2020 menunjukkan lebih 12 peratus pemandu kenderaan pernah menggunakan aksesori itu dan jika ia tidak dicegah dari awal, peratusannya akan terus meningkat saban hari.
Prihatin terhadap isu tersebut, MIROS dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah menjalankan usaha kolaboratif bersama dalam menerapkan mesej keselamatan jalan raya melalui satu video pesanan khidmat masyarakat yang memfokuskan kepada isu penyalahgunaan aksesori tali pinggang keledar tiruan atau dummy buckle.
"Dummy buckle dilihat menjadi kegilaan dalam kalangan pemandu kenderaan apabila aksesori ini mudah didapati di kedai serbaneka juga melalui portal jualan dalam talian kerana harganya yang murah.
"Sekiranya kemalangan berlaku, penggunaan dummy buckle boleh mengakibatkan mangsa terkena hentakan kuat pada stereng dan papan pemuka kenderaan atau tercampak keluar daripada kenderaan dan seterusnya boleh menyebabkan kematian," menurut kenyataan MIROS hari ini.
Video itu boleh ditonton melalui saluran televisyen terpilih serta sosial media MIROS dan Finas selain menerusi pautan https://cloud.miros.gov.my/cloud/index.php/s/TXQKWbzmLdkSbNp .
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021

Penggunaan aksesori itu berisiko menyebabkan komponen keselamatan kenderaan seperti beg udara tidak berfungsi pada tahap optimum. - Facebook: Consumers Association Penang - CAP
ASEAN 2025 | 3 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
2. Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
3. Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus
1. Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
2. Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
3. Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.

Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.

Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan
Beberapa kementerian Korea Selatan menyekat akses dalaman kepada perkhidmatan AI itu berikutan kebimbangan terhadap amalan pengurusan data oleh Deepseek.

Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.