KUALA LUMPUR: Kunjungan kali kedua aktivis dan pengacara Dahlia Shazwan yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria pada Mac lalu merubah cara fikirnya ketika berdepan masalah.
Kata Dahlia, sebaik sahaja tiba di negara itu, dia mengakui tersentuh melihat semangat yang ditunjukkan oleh penduduk Syria yang sentiasa tersenyum menyambut rombongan dari Malaysia.
“Kalau kita pergi kita mesti bayangkan mereka sedih, sugul sepanjang masa. Tapi kebenarannya mereka selalu melemparkan senyuman kepada kami. Walaupun banyak kekurangan, mereka tetap mahu menjamu kami. Itu satu benda yang kita kena belajar. Kita yang tengok dia sedih, tapi dia tak sedih. Jadi kita yang rasa segan.
“Kalau mereka pun boleh dalam keadaan begini nampak kelihatan sangat ceria, jadi apa alasan kita untuk bersedih? Kita pun automatik tukar perwatakan untuk jadi lebih friendly, jadi ceria... jadi expectation sebelum pergi... bila sampai dia jadi lain.
"Banyak lagi benda kita boleh belajar dalam kehidupan ini apabila bertemu dengan mereka,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Bercerita lanjut, Dahlia berharap dapat menyertai lagi misi kemanusiaan untuk membantu umat Islam di seluruh dunia yang berdepan dengan kesukaran.
“Sebelum ini ada juga saya dengar komen orang bercakap kenapa tidak membantu rakyat di Malaysia memandangkan masih ada yang susah di sini.
“Saya berfikir kalau semua orang fikir sebagini bagaimana keadaan saudara Islam di luar sana yang tidak mendapat sokongan dan bantuan.
“Saya tidak judge mereka yang tidak tergerak hati nak bantu, saya fikir ini semua hidayah Allah S.W.T. untuk gerakkan hati nak bantu.
“Cuma kita perlu tahu, kadang-kadang mereka tidak minta sumbangan, apa yang lebih penting adalah kesedaran. Kalau kita tersentuh dengan isu ini, Insya-Allah bantuan untuk umat Islam di seluruh dunia yang sedang berdepan kesukaran akan berterusan,” akhirinya.
Faida Rahim
Mon Apr 24 2023

Dahlia berharap dapat menyertai lagi misi kemanusiaan untuk membantu umat Islam di seluruh dunia yang sedang berdepan dengan kesukaran. - IG @dahliashazwan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.

Lawatan Presiden Syria tanda bermula 'era persahabatan, kerjasama berkekalan' - Erdogan
Erdogan menegaskan komitmen Turkiye terhadap keutuhan wilayah dan perpaduan Syria.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.

Ahmad al-Sharaa diisytihar sebagai Presiden Syria untuk fasa peralihan
Presiden baharu menekankan pentingnya menghormati kepelbagaian etnik dan mazhab di Syria serta menjamin keselamatan semua rakyat.

Bashar al-Assad has fallen, what’s the story of Syria now?
Astro AWANI's Social Media Editor, Hilal Azmi shares his reflections from the ground in Aleppo, Syria, following the fall of Bashar al-Assad.

Bashar al-Assad sudah tersungkur, apa cerita Syria sekarang?
Harapan untuk Syria kembali bangkit ada, namun, cabaran menanti di hadapan jauh lebih besar.

Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.