KUALA LUMPUR: Miss Universe Malaysia 2018 Jane Teoh hari ini melancarkan Kempen Antibuli Siber #DareToShout bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenayah itu dalam kalangan masyarakat.
Personaliti media sosial berusia 27 tahun itu berkata kempen tersebut dianjurkan hasil inisiatif beliau sendiri sebagai pempengaruh media sosial, agar orang ramai menggunakan internet dengan baik.
"Objektif kempen ini adalah mempromosi antibuli siber, isu sama yang telah saya bawa semasa menyertai Miss Universe Malaysia 2018, jadi saya mahu meneruskan inisiatif ini.
"Ia sangat relevan dengan pelajar hari ini kerana media sosial merupakan sebahagian gaya hidup, jadi mereka perlu tahu tanggungjawab sebagai pengguna," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah mengenai antibuli siber, pemerkasaan belia dan wanita, kepada lebih 200 pelajar Sekolah Menengah Stella Maris di sini hari ini.
Beliau berkata kempen itu akan diteruskan di sekolah-sekolah serta universiti, dan beliau mengalu-alukan pembabitan mana-mana pihak termasuk organisasi yang ingin bekerjasama pada masa akan datang.
Jane turut berhasrat mengajak pempengaruh media sosial lain untuk berkempen, sekali gus menghapuskan jenayah buli siber.
"Saya telah menjemput rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan kempen ini dan merancang untuk melibatkan lebih ramai pempengaruh seperti TikTokers dan Youtuber yang popular dalam kalangan kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata pelajar sekolah perlu mendapat bimbingan dan pendedahan berkaitan tindakan yang salah ketika menggunakan media sosial agar dapat mengelakkan perkara itu daripada berleluasa.
Beliau turut mencadangkan agar pengetahuan mengenai kesan buruk jenayah buli siber dimasukkan dalam silibus pembelajaran bagi memupuk kesedaran, sejak di bangku sekolah lagi.
Jumaat lepas Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta polis mengambil tindakan tegas terhadap kes membabitkan buli siber.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Jane berkata kempen tersebut dianjurkan hasil inisiatif beliau sendiri sebagai pempengaruh media sosial, agar orang ramai menggunakan internet dengan baik.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Miss Universe Malaysia 2018 lancar kempen antibuli siber #DareToShout
Miss Universe Malaysia 2018 Jane Teoh hari ini melancarkan Kempen Antibuli Siber #DareToShout bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenayah itu dalam kalangan masyarakat.

Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam
Eleen berkata, pihaknya ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Inilah kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia berinspirasikan Gunung Kinabalu!
Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam bakal menyarung persalinan berinspirasikan gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu untuk pertandingan Miss Universe.

Francisca Luhong dan cabaran mengakhiri penantian Malaysia di pentas Miss Universe
Misi mengukir nama Malaysia sebagai pesaing hebat di pentas Miss Universe berjaya digalas dengan cemerlang oleh gadis jelita kelahiran negeri Bumi Kenyalang, Francisca Luhong James.

"Bukan hanya mewakili Sarawak, tetapi Malaysia keseluruhannya..." - Francisca Luhong
Peluang untuk mewakili negara ke pentas Miss Universe akan digunakan sebaik mungkin untuk menonjol setiap sisi unik Malaysia ke pentas antarabangsa itu nanti.

Malaysia juara National Costume Miss Universe 2019
Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Miss Universe, tahun ini Malaysia yang diwakili Shweta Sekhon berjaya raih kemenangan menerusi segmen National Costume.

Zozibini Tunzi wanita kulit hitam ke-6 dimahkotakan Miss Universe
Di saat peminat ratu cantik seluruh dunia meletakkan beberapa nama sebagai pemenang Miss Universe 2019, ratu cantik dari Afrika Selatan ini menyangkal semua ramalan tersebut.

Ratu Malaysia tergelincir! Apa jadi dengan lantai pentas Miss Universe?
Shweta yang bermula garang bagaimanapun berjaya bangun walaupun terjatuh dalam aksi penuh dramatik di pentas peragaan kecil tersebut.

Aura terserlah! Gadis Punjabi Shweta Sekhon dimahkota Miss Universe Malaysia 2019
Menepati ramalan, itu kata-kata penonton yang hadir pada malam gala Miss Universe Malaysia 2019 apabila Shweta Sekhon diumumkan sebagai pemenang.

Berhenti mengutuk, anda tidak tahu apa yang berlaku 'behind the scene' - Elaine Daly
Prestasi ratu cantik Malaysia di pentas Miss Universe yang tidak menyerlah semakin raih perhatian netizen dan pencinta pertandingan ini.