IPOH: Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan, pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan penemuan itu pukul 10.20 pagi.
"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan salotip berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata turut ditemukan di lokasi tersebut ialah cebisan baju kotor kemeja putih, sarung bantal biru, bungkusan plastik merah berisi, disyaki tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.
Katanya rangka tersebut telah dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023

Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan, pagi Isnin. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Rangka manusia ditemukan di ladang sawit
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira jam 10.10 pagi.

Rangka dan tulang manusia ditemukan di kebun durian
Polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.

Rangka manusia ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass
Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.

Rangka di kebun durian sah milik remaja hilang - Polis
Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Rangka manusia ditemukan dalam belukar
Siasatan awal kita bagaimanapun tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah yang berlaku di sebalik penemuan rangka manusia itu.

Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.

Rangka manusia, motosikal ditemukan dalam parit
Rangka manusia ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di ladang kelapa sawit.

Kes Bella: Penduduk yakin mangsa dibunuh di tempat lain
Tiada seorang pun penduduk yang mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan penempatan mereka.