PUCHONG:Misteri kehilangan seorang warga emas sejak seminggu lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di dalam but kereta malam tadi.
Kejadian disedari orang awam yang terhidu bau busuk dari kenderaan jenis Volvo yang diletakkan di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, Puchong.
Polis yang dimaklumkan tiba kira-kira jam 7 malam sebelum pasukan bomba dan penyelamat dari Puchong dikejarkan ke lokasi bagi membantu mengumpil but kereta berkenaan.
Mangsa dikenal pasti sebagai Loh Sin Kan, 70.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mangsa dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu.
Seorang suspek berusia 40 tahun kemudian ditahan setelah didapati menggunakan kad kredit mangsa pada 2 Januari lepas.
"Mangsa ialah orang hilang yang dilaporkan pada 1 Januari lalu. Kad kredit mangsa pula digunakan pada 2 Januari.
"Polis memulakan siasatan selepas suspek yang guna kad kredit mangsa ditahan di Kuala Klawang," kata Nik Ezanee.
Katanya lagi, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada 31 Disember lalu susulan perbalahan berhubung pembelian tayar.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universitiu Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Astro Awani
Wed Jan 06 2021

Mayat Loh Sin Kan ditemukan di dalam but kereta yang diletakkan di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, Puchong malam tadi. -Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Misteri warga emas hilang terjawab, mayat dijumpai dalam but kereta
Kejadian disedari orang awam yang terhidu bau busuk dari kenderaan jenis Volvo dipercayai milik pelanggan mangsa.