KUALA LUMPUR: Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) telah dilantik sebagai satu daripada pusat vaksinasi perindustrian yang ditetapkan (PPVIN) di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama AWAM-SWASTA (PIKAS).
Inisiatif PIKAS adalah bertujuan untuk memudahkan usaha kerajaan mempercepat program vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MITEC Mala Dorasamy berkata pusat PIKAS di MITEC adalah khusus kepada syarikat daripada sektor pembuatan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Pelancaran pusat vaksinasi perindustrian itu adalah penting dengan keperluan mendesak untuk mempercepat kemajuan vaksinasi bagi memerangi pandemik COVID-19 di negara ini.
"Inisiatif ini akan melindungi kesejahteraan pekerja dan menggerakkan pemulihan ekonomi Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS), secara kerjasama dengan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) juga memperkenalkan Program Pengelola Acara Perniagaan (BE) sebagai menyokong inisiatif vaksinasi negara.
"Sebagai menyokong program PIKAS, pengamal BE, termasuk pasukan pengurusan venue, sebagai petugas barisan hadapan bukan penjagaan kesihatan akan membantu pentadbiran pusat PPV MITEC PIKAS.
"Ini akan dapat membantu pasukan profesional dan memudahkan proses vaksinasi bagi semua penerima," kata Mala.
Penyelaras projek PPV MITEC PIKAS Dr Zool Raimy Abdul Ghaffar, yang juga daripada Mudah Healthcare Sdn Bhd berkata program PIKAS mendapat sambutan positif daripada syarikat-syarikat.
"Kami mempunyai hampir 30 doktor perubatan, jururawat dan sukarelawan minggu ini dan menyasar meningkatkan jumlah itu kepada 60 orang minggu depan.
"Kami menjangka kapasiti vaksinasi akan ditingkatkan kepada lebih daripada 1,000 penerima bermula minggu kedua dan seterusnya," katanya.
Mudah Healthcare adalah penganjur penjagaan kesihatan yang dilantik oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan.
ProtectHealth dilantik oleh Kementerian Kesihatan sebagai pelaksana penyertaan pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021

Pusat PIKAS di MITEC adalah khusus kepada syarikat daripada sektor pembuatan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.

Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.

MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.

NHCCE 2023 bakal jadi himpunan terbesar pengamal sumber manusia Asia Tenggara
Dengan tema 'Menjana Pertumbuhan, Menginspirasi Perubahan', edisi kali ini adalah lanjutan edisi 2022 yang mendapat sambutan menggalakkan.

Pameran halal MIHAS 2023 berlangsung 12 hingga 15 Sept
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-19 akan berlangsung bermula Selasa hingga Jumaat ini di MITEC.

Keselamatan siber sering diabai, tidak diberi perhatian sewajarnya - PM Anwar
Keselamatan Siber sering diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang memadai walaupun semasa Malaysia gigih mengharungi transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pempamer, pembeli berdaftar dijangka meningkat di MIFF 2023
Pembukaan semula pintu sempadan China akan membawa lebih 200 syarikat dari beberapa bandar.

HRD Corp : NHCEE 2022 dapat sambutan, relevan keperluan pekerjaan semasa
Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) mendapat sambutan luar biasa.

HRD Corp lancar NHCCE 2022, jalin kerjasama dengan LinkedIn
HRD Corp meneruskan misi memperkasakan pengamal sumber manusia dalam bidang teknologi di tempat kerja melalui Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022.

MITEC dilantik pusat vaksinasi perindustrian di bawah program PIKAS
Inisiatif PIKAS adalah bertujuan untuk memudahkan usaha kerajaan mempercepat program vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19.