KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) digesa bekerjasama dengan bahagian industri kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk memantau syarikat yang memohon kebenaran beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh, sebelum memberi kelulusan.
Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia (DPDM), Chris Daniel Wong berpandangan sedemikian ketika menyuarakan kebimbangan sekiranya terdapat syarikat bukan perkhidmatan penting telah memperoleh kelulusan untuk beroperasi.
"Kita telah mendapat berita ada perniagaan bukan perkhidmatan penting telah mendapat kelulusan beroperasi kerana menfailkan maklumat yang tidak tepat. Saya sarankan pihak MITI, sebelum memproses surat kelulusan tersebut, supaya turun padang untuk pantau bagi memastikan sama ada pemohon itu dalam kategori perkhidmatan penting atau tidak.
"Contohnya, peniaga gunting rambut terpaksa akur untuk tutup perniagaan, tetapi pengilang seperti syarikat memproses kayu diberi kelulusan beroperasi. Saya tidak nampak kaitan syarikat itu sebagai perkhidmatan penting," katanya semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV, malam tadi.
Beliau berkata menerusi situasi itu, rakyat boleh menilai ketelusan dan kesaksamaan MITI dalam memberikan kelulusan kepada syarikat perkidmatan penting untuk beroperasi.
Setakat 7.30 pagi Khamis, sebanyak 128,150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja telah memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.
Dalam perkembangan sama, Wong menasihatkan syarikat yang memperoleh kelulusan beroperasi supaya memanfaatkan peluang tersebut dengan meluaskan perniagaan mereka ke pasaran eksport.
Beliau berkata dalam usaha merancakkan ekonomi tempatan syarikat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak seharusnya hanya menumpukan pasaran domestik.
"PKS yang mendapat kelulusan untuk beroperasi harus manfaatkan peluang ini sebab ramai lagi yang tidak boleh beroperasi. Buat masa sekarang sudah banyak PKS gulung tikar terutama dalam sektor pelancongan dan pengurusan acara," katanya.
Wong berpendapat kebanyakan PKS sudah bersedia untuk tidak beroperasi selama dua minggu sehingga sebulan, namun jika keadaan ini berterusan dan PKP 4.0 mungkin dikuatkuasakan, dijangka lebih 50 peratus PKS terpaksa menutup perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021

Wong berkata, rakyat seharusnya boleh menilai ketelusan dan kesaksamaan MITI dalam memberikan kelulusan kepada syarikat perkidmatan penting untuk beroperasi.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.