KUALA LUMPUR: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) yang dikaitkan dengan dakwaan penyalahgunaan pengurusan dana sejak beberapa tahun lepas menerima pemakluman rasmi status penarafan semula risiko untuk tahun 2023 bagi unit dikategorikan sebagai risiko 'Rendah' oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) Datuk Nor Azmi Karim pada 22 Nov lepas.
Bernama juga telah melihat kandungan dan kesahihan surat itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Khas Mitra Datuk R. Ramanan ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan menerima surat berkenaan dua hari lepas.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak SPRM yang memberikan kerjasama, sokongan yang cukup baik kepada Mitra selama ini. Sudah pasti status pemakluman terbaharu itu untuk tahun ini akan memberikan impak yang positif kepada agensi ini.
"Setelah saya dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas ini, misi dan fokus utama saya dan pasukan saya yang lain ialah untuk membersihkan semula imej Mitra. Banyak sangat tuduhan dan dakwaan mengenai salah guna dana dan macam-macam sejak beberapa tahun lepas," katanya.
Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata persepsi masyarakat India terhadap agensi itu juga tidak begitu baik susulan beberapa kes yang telah dihadapkan ke mahkamah.
"Justeru itulah saya cukup tegas mahu memperkasakan sistem penyampaian Mitra khususnya melibatkan soal integriti dan ketelusan. Status penarafan ini merupakan satu permulaan baik untuk Mitra.
"Saya juga sedang merancang beberapa proses penambahbaikan untuk tahun depan dan yakin akan memberi manfaat kepada masyarakat India. Kita mahu memperkasa masyarakat India khususnya kumpulan B40. Saya akan umumkan bila tiba masanya nanti," katanya menambah beliau telah memaklumkan perkembangan positif itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Ketua Pengarah Mitra Ravindran Nair pula menyifatkan pemakluman tersebut sebagai 'dinanti-nantikan' selama ini.
"Keputusan pemakluman ini sudah tentu petanda yang cukup baik untuk kami selepas banyak sangat tuduhan melulu tanpa asas. Mitra sentiasa mendahulukan sistem penyampaian bersih, cekap dan amanah.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Datuk R.Ramanan dan juga pasukannya yang telah membawa banyak perubahan drastik untuk memperkasakan lagi sistem pengurusan di Mitra," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Datuk R. Ramanan mengesahkan menerima surat berkenaan dua hari lepas. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.

Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.

Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.

Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.

Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.

Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.

Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.

Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.

Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.