BANGI: Seorang wanita yang sedang hamil enam bulan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan mencari pelanggan bagi maksud persundalan menerusi aplikasi Telegram atas nama 'Miza Ozawa'.
Siti Amiza Baharuddin, 27, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Bukit Mahkota Kajang pada 4 petang, 6 Jun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi menetapkan 24 Jun ini bagi fakta kes dan jatuh hukum.
Siti Amiza turut dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM12,500 oleh mahkamah sama selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi kesalahan memiliki bahan lucah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM6,500 atau penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda dan bagi kesalahan memiliki ubat yang tidak berdaftar dengan KKM, wanita itu didenda RM6,000 atau dipenjara enam bulan.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh dia ditahan pada 6 Jun lepas.
Siti Amiza turut didakwa memiliki bahan-bahan lucah di dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya pada lokasi, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dia juga didakwa memiliki dua kotak Secret Negro dan dua kotak Dara Jelita yang melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 pada lokasi, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 30(1) Peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952, yang berdepan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun dan bagi kesalahan kali kedua, serta seterusnya boleh dedenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran dan memohon hukuman berjalan secara berasingan.
Siti Amiza yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak mempunyai pendapatan selepas wang simpanannya untuk bersalin sudah dirampas pihak berkuasa.
"Saya menyara hidup sendiri di Selangor dan mohon denda seminimum mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Siti Amiza yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak mempunyai pendapatan selepas wang simpanannya untuk bersalin sudah dirampas pihak berkuasa. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

'Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan
Wanita itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar dengan KKM.