KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi UMNO memohon pertimbangan agar Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Rayuan tersebut dibuat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC.
"Majlis Kerja Tertinggi mengambil maklum kedukacitaan dan keresahan yang amat sangat ahli-ahli UMNO di akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil.
"Ia seiring dengan kenyataan penghakiman yang dizahirkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang turut menyatakan bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil dan wajar dibebas dan dilepaskan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata MKT UMNO telah menerima memorandum dari 191 bahagian termasuk Wanita dan Sayap-Sayap Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang memohon agar kepimpinan tertinggi UMNO membela bekas Presiden itu, yang disifatkan mempunyai banyak jasa kepada rakyat dan negara.
Jelas beliau lagi, MKT UMNO juga sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Al-Sultan Abdullah beserta memorandum yang ditandatangani oleh seluruh kepimpinan UMNO dari 191 bahagian.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan MKT UMNO menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun depan.
Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.
Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.
Ini bermakna Najib kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
Hasimi Muhamad
Fri Apr 07 2023

Najib didapati bersalah kerana kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International - Foto BERNAMA

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.

Ahmad Zahid ikrar bebaskan Najib
Ahmad Zahid berikrar untuk membebaskan Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Tiga anak Najib berkongsi pentas, terus perjuangkan keadilan buat bapa
Anak sulung kepada Najib berkata, beliau kesal dengan sistem mahkamah yang didakwa tidak dijalankan dengan betul dalam memberikan pembelaan kepada bapanya.

Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan - Zahid
Jangan terjebak dengan permainan pihak luar, tegas Ahmad Zahid Hamidi.

MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
Pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta
Hakim K.Muniandy menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.

Jangan salahkan mahkamah atas 'musibah' yang berlaku, kata Sithambaram
Najib bersubahat dengan peguam baharunya memohon penangguhan semasa rayuan akhir walaupun mengetahui tarikh pendengaran telah ditetapkan.

Hantaran FB suami Ketua Hakim Negara adalah komen umum rakyat - DPP
Hantaran itu adalah ulasan peribadi semata-mata mengenai senario politik yang membawa kepada keputusan PRU14.

Ketua Hakim Negara sepatutnya tarik diri daripada dengar rayuan akhir Kes SRC Najib - Peguam
Ini kerana suami Tengku Maimun itu telah menyalahkan Najib pada 2018 atas kejatuhan 1MDB dan SRC International di Facebook.

Permohonan Najib ketepi injuksi kes saman 1MDB didengar 26 Mei
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad turut menetapkan tarikh sama untuk pendengaran permohonan inter-parte bagi injunksi mareva.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.