PERLUMBAAN menghasilkan kecerdasan buatan am (AGI) sedang dilakukan oleh syarikat seperti Google, OpenAI dan Meta.
Pada ketika ini kita di tahap kedua daripada lima ke arah AGI menurut OpenAI dan DeepMind.
Untuk menghasilkan AGI, data yang besar diperlukan tetapi pada ketika ini penyelidik sudahpun menghadapi masalah untuk mendapatkan data baharu kerana isu harta intelek serta kekurangan data baharu.
Penyelesaiannya ialah menggunakan data sintetik iaitu data yang dihasilkan sendiri oleh AI berdasarkan data dunia sebenar.
Tetapi menurut kajian penyelidik Universiti Oxford, model AI akan “musnah” sekiranya dilatih menggunakan data sintetik yang dijana oleh model AI terdahulu.
Ini adalah kerana model bahasa raya (LLM) dilatih untuk membaca sebahagian daripada data yang diberikan padanya.
Selepas beberapa generasi dilatih menggunakan data sintetik, model akan runtuh menyebabkan jawapan yang diberikan menjadi tidak masuk akal.
Antara contoh yang diberikan ialah soalan mengenai rekaan gereja kurun ke-14. Generasi pertama LLM masih boleh memberikan jawapan yang relevan.
Tetapi selepas dilatih menggunakan data sintetik, generasi ke-9 LLM memberikan jawapan mengenai arnab dengan mencipta spesis yang tidak wujud. LLM ini langsung tidak boleh dipercayai dan digunakan.
Kajian ini dilakukan kerana syarikat AI kini melatih menggunakan data yang diambil daripada laman web tanpa kebenaran.
Isu sekarang ialah semakin banyak laman web menggunakan AI untuk menulis artikel. Tindakan mengambil data tanpa kebenaran tanpa melihat keasliannya akan menyebabkan model-model baharu yang dilatih menggunakannya bakal menghadapi keruntuhan yang sama.
Penyelidik menyarankan model LLM masa hadapan dilatih yang disaring dengan lebih baik dan terpilih sahaja sebelum mengakibatkan keruntuhan model.
Apa yang berlaku ke atas model AI ini adalah amat mirip dengan yang berlaku ke atas manusia sekiranya hanya mengahwini saudara rapat.
Pada manusia amalan mengahwini saudara rapat meningkatkan kecacatan genetik dan dalam kes paling terkemuka mewujudkan Rahang Habsburg yang mengakibatkan kemusnahan keluarga diraja Habsburg di Eropah.
Kajian ini telah diterbitkan di dalam jurnal Nature. -Amanz
Amanz
Mon Jul 29 2024

Pada ketika ini kita di tahap kedua daripada lima ke arah AGI menurut OpenAI dan DeepMind. -Amanz

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

xAI milik Elon Musk perkenal model Grok 3 saingi ChatGPT, Gemini
xAI milik Elon Musk telah memperkenalkan model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, Grok 3, yang didakwa lebih baik berbanding ChatGPT keluaran OpenAI.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.