Skip to main content

Malaysia

Model pembangunan, pembiayaan Jajaran Rel Selangor masih diteliti

SHAH ALAM, 11 Ogos -- Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor Ng Sze Han semasa sesi soal jawab sempena Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor ke-15 di Dewan Negeri Selangor hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan negeri melalui MBI selaku Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Rel Selangor sedang meneliti model pembangunan serta pembiayaan yang paling berpotensi untuk dilaksanakan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor masih dalam perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk sektor swasta bagi mengenal pasti model pembangunan dan pembiayaan yang  bersesuaian untuk pembangunan Jajaran Rel Selangor.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han berkata kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI selaku Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Rel Selangor sedang meneliti model pembangunan serta pembiayaan yang paling berpotensi untuk dilaksanakan.

Beliau berkata mekanisme pelaksanaan pembangunan Jajaran Rel Selangor juga sedang diperhalusi bagi mengenal pasti kaedah paling menguntungkan dan bersesuaian.

“Sudah tentu projek berskala besar seperti Jajaran Rel Selangor melibatkan pihak swasta dan agensi kerajaan,” katanya semasa menjawab pertanyaan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) berhubung hala tuju projek Jajaran Rel Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan kajian kebolehlaksanaan yang telah dilakukan, fasa pertama pembangunan projek dijangka mengambil masa 10 tahun, merangkumi keseluruhan proses pembangunan termasuk penyediaan reka bentuk awalan, kajian terperinci dan kelulusan Skim Kereta Api oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).  

“Fasa itu juga merangkumi perolehan, pengambilan tanah, kerja pembinaan serta proses ujian dan pentauliahan (testing and commissioning).

“Fasa akhir pembangunan pula dijangka selesai pada 2060 tertakluk kepada pelaksanaan fasa pembangunan yang dirancang,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement