LABUAN: Kementerian Kewangan (MOF) telah meminta Dewan Perniagaan Labuan (LCC) mengemukakan laporan penuh berhubung isu dan cabaran ekonomi yang dihadapi di pulau bebas cukai itu untuk perhatian segera.
Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim berkata laporan itu diperlukan untuk kajian secara terperinci dan penyelesaian yang menyeluruh.
"Saya telah mendengar taklimat mengenai pelbagai isu dan cabaran ekonomi di Labuan yang terpaksa dihadapi oleh komuniti perniagaan serta orang ramai secara keseluruhan dan saya telah mengambil maklum perkara itu.
"Kami mahu laporan penuh dan akan melihatnya secara menyeluruh," katanya selepas melawat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini.
Sim berkata laporan itu perlu memasukkan isu berkaitan pemulihan sepenuhnya status bebas cukai Labuan.
"Mereka telah memberi taklimat mengenai pengembalian rokok bebas cukai di Labuan dan jumlah cukai hampir dua kali ganda bagi kenderaan yang dibeli di pulau ini selepas tempoh tertentu," katanya.
Beliau berkata isu di bawah bidang kuasa MOF akan ditangani termasuk berkaitan kastam yang akan dibawa kepada Ketua Pengarah untuk penyelesaian lebih baik.
"Kami ingin berbincang dengan pihak kastam cara untuk menjalin kerjasama dengan (pemain industri) sektor swasta bagi membangun dan memudahkan perniagaan.
"Kerjasama erat antara pihak kastam dan sektor swasta akan membolehkan kami menambah baik dasar sedia ada untuk merangsang ekonomi serta memanfaatkan rakyat," katanya.
Sim, yang dalam lawatan sehari ke Labuan, antara lain telah diberi taklimat mengenai perkhidmatan pengendalian pelabuhan Megah Port Management Sdn Bhd (MPM), aktiviti kapal ke kapal Victoria STS Sdn Bhd dan isu berkaitan status bebas cukai di Labuan oleh Pengerusi LCC Daniel Doughty.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023

Steven Sim berkata, laporan itu diperlukan untuk kajian secara terperinci dan penyelesaian yang menyeluruh. - Gambar fail

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

KDNK Malaysia bagi 2024 diunjur cecah 5.1 peratus, kekal positif - HLIB
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank.

ASEAN tangani peralihan tenaga menerusi kerjasama serantau - Amir Hamzah
Peralihan tenaga merupakan cabaran global, dan ASEAN mempunyai keupayaan dan sumber untuk menanganinya secara kolektif, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.

STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion.

Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.