KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Nurul Iman, Brunei hari ini bersempena dengan lawatan rasmi ke negara itu.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan sesi menghadap itu adalah antara program lawatan rasmi Mohamed Khaled ke negara jiran berkenaan bermula semalam bagi mengukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala.
"Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan meliputi pelbagai perkara terutamanya mengenai kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Pada sesi itu, Mohamed Khaled turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama erat antara Malaysia dan Brunei di peringkat serantau dan antarabangsa termasuk kerjasama dalam operasi pengaman antarabangsa di Lubnan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).
Pada Isnin, Mohamed Khaled bersama delegasi tiba di Pusat Gerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba, Brunei disambut oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brunei Brig Jen (B) Datuk Seri Pahlawan Alirupendi Perudin, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei Brig Jen (U) Datuk Seri Pahlawan Mohammad Sharif Dato Paduka Ibrahim dan Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan Kementerian Pertahanan Brunei Dayang Marina Abdullah Sitau.
Mohamed Khaled turut mengadakan sesi kunjungan hormat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ll Brunei Pehin Datu Lailaraja Mej Jen (B) Datuk Paduka Seri Awang Halbi Mohd Yussof.
"Semasa sesi terbabit, kedua-dua menteri mengulangi komitmen untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala sedia ada dan meningkatkan kerjasama melalui platform dua hala dan pelbagai hala.
"Kedua-dua menteri menyatakan bahawa lawatan rasmi itu ialah bukti ikatan kukuh dan hubunganpertahanan dua hala yang dinamik, selain memberi peluang untuk mengukuhkan lagi perkongsian strategik antara dua negara," menurut kenyataan itu.
Malaysia dan Brunei mempunyai hubungan dua hala yang telah lama terjalin melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman dalam bidang kerjasama pertahanan pada 14 Feb 1992.
Menurut kenyataan itu, Mohamed Khaled turut menyatakan hubungan baik Malaysia dan Brunei yang sedia ada perlu terus diperkukuh, selain merakamkan penghargaan kepada kerajaan Brunei dalam misi mencari anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Nurul Iman, Brunei hari ini bersempena dengan lawatan rasmi ke negara itu. - Foto ihsan MINDEF

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.

Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.

UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.

Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.

Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.