KUALA LUMPUR: Bank Rakyat melantik Dr Mohammad Hanis Osman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata pelantikan tersebut adalah berdasarkan pengalaman Mohammad Hanis selama lebih 26 tahun dalam sektor perbankan dan kewangan Islam dengan memegang pelbagai peranan dalam bidang perbendaharaan dan pelaburan, perbankan runcit serta perbankan perniagaan.
"Menerusi kepimpinan beliau, prestasi Bank Rakyat dilihat akan terus kukuh dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
"Pada masa yang sama Bank Rakyat dapat mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia," katanya dalam kenyataan bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Bank Rakyat pada Jumaat,
Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata lembaga pengarah mengalu-alukan pelantikan Mohammad Hanis susulan prestasi yang ditunjukkan beliau ketika menggalas tugas sebagai Pemangku CEO sejak 1 April, 2022.
"Menerusi pengalaman luasnya, beliau akan dapat menerajui Bank Rakyat dalam fasa pertumbuhan seterusnya berteraskan rangka tindakan pelan strategik BR25 (Bank Rakyat 2025) seperti digitalisasi, kelestarian, kepimpinan syariah dan pengalaman terbaik pelanggan," katanya.
Mohammad Hanis yang telah berkhidmat lebih 12 tahun di Bank Rakyat merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ekonomi) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Islam Antarabangsa serta Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan dari University of East London, United Kingdom.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 01 2022

Bank Rakyat melantik Dr Mohammad Hanis Osman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal menjadi platform PMKS menerokai potensi baharu sektor pelancongan dan makanan halal dalam negara.

Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.

Jelajah Jiwa SME: Ramai usahawan dilahirkan, bukti kejayaan 'Santai Namun Sampai 2023'
Kejayaan program santai namun sampai termasuk di tiga lokasi penganjuran jelajah jiwa SME di Kota Bharu, Bukit Mertajam & Kuala Lumpur bukti lebih usahawan dilahirkan.

Jom ke Jelajah Jiwa SME di Kota Bharu 15-16 September, pelbagai program disediakan!
Untuk hari pertama dalam sesi 'Saya Jual', usahawan diberikan durasi masa tertentu untuk mempersembah idea perniagaan masing-masing.

Mohammad Hanis Osman CEO baharu Bank Rakyat
Bank Rakyat melantik Dr Mohammad Hanis Osman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.

Program desa tanpa tunai perlu sokongan semua pihak
Ia usaha yang wajar dilaksana berdasarkan keperluan semasa dan perubahan norma baharu dalam kalangan masyarakat.

Bank Rakyat tawar lanjutan moratorium kepada pelanggan terkesan pandemik
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Bank Rakyat amat prihatin terhadap situasi terkini yang masih tidak stabil.

MEDAC, SKM sumbang RM700,000 kepada pelajar dan mangsa banjir Sarawak - Wan Junaidi
Bantuan ini bertujuan meringankan beban yang dihadapi golongan memerlukan akibat banjir dan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Yayasan Bank Rakyat salur bantuan kepada 450 keluarga mangsa banjir Hulu Langat
Bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang dikenal pasti terkesan.

Bank Rakyat meterai perjanjian program Sukuk Wakalah bernilai RM10 bilion
Program sukuk ini membolehkan bank memperoleh pendanaan jangka panjang dengan kadar tetap di samping mempelbagaikan komposisi pendanaan.