KUALA LUMPUR: Pengarah ZI Publications Sdn Bhd Mohd Ezra Mohd Zaid dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan cuba menyelesaikan secara baik isu berhubung taksiran ganti rugi yang bakal diperoleh beliau berikutan pendakwaan salah yang dilakukan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor terhadapnya pada 2013.
Peguam Fahri Azzat, yang mewakili Mohd Ezra, memaklumkan perkara itu ketika dihubungi pemberita selepas prosiding hari ini iaitu pendengaran taksiran ganti rugi secara dalam talian (Zoom) di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Beliau berkata prosiding itu tidak dijalankan kerana terdapat masalah teknikal.
"Hakim Ahmad Kamal memberi masa kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perkara itu. Pihak-Pihak akan cuba menyelesaikannya secara baik namun sekiranya ia tidak dapat diselesaikan, mahkamah akan meneruskan dengan pendengaran taksiran ganti rugi.
"Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 19 Ogos ini untuk pihak-pihak memaklumkan perkembangan mengenai penyelesaian itu," katanya.
Pada 29 Mei 2012, JAIS menyerbu premis perniagaan ZI Publications serta merampas 180 buku bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis warga Kanada Irshad Manji dan Mohd Ezra turut ditahan.
ZI Publication dan Mohd Ezra memfailkan semakan kehakiman pada 9 Julai 2012 dan menamakan JAIS, Ketua Pengarahnya, Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIS, Ketua Pendakwa Syarie Selangor dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, untuk mencabar serbuan yang dilakukan JAIS dan pada 7 Mac 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka.
Pada 25 Sept 2019, Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan mereka kemudian membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Selangor untuk mendakwa Mohd Ezra di Mahkamah Syariah atas pertuduhan menerbit, mengedar dan memiliki buku terjemahan penulis kontroversi itu, yang dianggap bertentangan dengan undang-undang Islam
Mahkamah Rayuan turut memerintahkan taksiran ganti rugi dibayar kepada Mohd Ezra kerana tekanan jiwa, penderitaan dan keseksaan yang dialami beliau berikutan tindakan salah laku JAIS terhadapnya.
Pada 29 Sept tahun lepas, pihak pendakwaan syariah Selangor tidak meneruskan kes ke atas Mohd Ezra susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Pada 17 Dis tahun lepas, Mohd Ezra dibebaskan daripada pertuduhan menerbitkan buku yang didakwa bertentangan dengan hukum syarak selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menolak permohonan pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan itu.
Mohd Ezra didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 2013 atas pertuduhan menerbitkan buku Irshad Manji di premis perniagaan ZI Publications, B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Pada 17 Dis tahun lepas, Mohd Ezra dibebaskan daripada pertuduhan menerbitkan buku yang didakwa bertentangan dengan hukum syarak selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menolak permohonan pendakwaan.- Gambar fail
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Isu taksiran ganti rugi berhubung pendakwaan salah terhadap Ezra Zaid selesai - Peguam
Perkara itu dimaklumkan peguam Fahri Azzat, yang mewakili Mohd Ezra, ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Mohd Ezra, JAIS cuba selesai taksiran ganti rugi secara baik - Peguam
JAIS sebelum ini menyerbu premis perniagaan ZI Publications serta merampas 180 buku bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis warga Kanada Irshad Manji dan Mohd Ezra turut ditahan.