KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Hasbie Muda dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal memaklumkan pihak polis berhubung perhimpunan membantah kenaikan harga barang di ibu negara, Julai tahun lepas.
Peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Mohd Hasbie memberitahu pemberita, ini berikutan pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Hasbie, 35, yang juga ahli Dewan Negara.
"Pihak kami menghantar representasi pada 17 Mac lepas untuk menarik balik pertuduhan terhadap anak guam kami yang didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
"Oleh itu, Mohd Hasbie dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Majistret Wong Chai Sia hari ini," kata peguam itu.
Pihak pendakwaan mengesahkan perkara tersebut.
Pada 18 Ogos tahun lepas, Mohd Hasbie mengaku tidak bersalah atas pertuduhan selaku penganjur gagal memberitahu pegawai polis yang menjaga daerah Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpuan di Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Alang di sini pada pada 2 petang 1 Julai 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Muhammad Faiz dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan keputusan tersebut satu permulaan positif kerajaan MADANI yang menghormati hak dan kebebasan sivil untuk berhimpun serta menyatakan pandangan sepertimana dinyatakan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Dengan keputusan ini, perjuangan kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat ini dilihat benar-benar telus kerana perhimpunan aman itu dianggap tidak lagi menyalahi undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Mohd Hasbie Muda (kiri) dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan gagal memaklumkan pihak polis berhubung perhimpunan membantah kenaikan harga barang di ibu negara, Julai tahun lepas. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Mohd Hasbie kekal Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid sebagai timbalan
Ahli Dewan Negara Senator Mohd Hasbie Muda mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan sayap parti itu malam ini.

Mohd Hasbie lepas tanpa bebas tuduhan gagal maklum polis bantah kenaikan harga barang
Ini berikutan pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Hasbie, 35, yang juga ahli Dewan Negara.