KUALA LUMPUR: Mohd Khafiz Bachok mencipta nama sebagai pendaki kedua Malaysia untuk menawan Gunung K2, di Pakistan, gunung kedua tertinggi di dunia selepas Everest.
Pendaki berusia 45 tahun dari Pontian, Johor itu, berjaya sampai di puncak gunung paling berbahaya di dunia itu dengan ketinggian 8,611 meter (m) dari aras laut pada 11.52 pagi waktu tempatan (2.52 petang waktu Malaysia) Khamis untuk menjayakan impian selama 25 tahun beliau.
Pengurus ZEROTO8000 Rozaimi Mohd Said berkata, Mohd Khafiz yang memulakan pendakiannya dari Skardu mengambil masa lapan hari untuk sampai ke Kem Induk, namun akibat cuaca yang tidak baik, proses rotasi bagi tujuan penyesuaian diri dengan altitud tinggi hanya dapat dimulakan pada 12 Julai.
"Proses rotasi dibuat sehingga ke Kem 2 sebelum beliau turun semula ke Kem Induk. Pendakian sebenar hanya bermula pada 22 Julai, di mana beliau sampai ke Kem 3 pada ketinggian 7,254m pada Selasa.
Pendakian ke puncak bermula semalam pada 5.40 petang waktu tempatan. Pendakian ini merupakan sebahagian daripada misi ZEROTO8000 yang ditubuhkan Mohd Khafiz sendiri, yang bertujuan memupuk semangat berdikari dalam kalangan rakyat Malaysia dalam mencapai impian mereka," katanya menerusi satu kenyataan, pada Khamis.
Menurutnya, ZEROTO8000 membawa maksud perjalanan Mohd Khafiz yang bermula dari ketinggian sifar (0) meter di Tanjung Piai, Johor menuju ke Gunung K2 dengan ketinggian melebihi 8,000m, yang menjadi simbolik di atas usaha beliau, ahli keluarga dan rakan-rakan sehingga ke hari ini.
Rozaimi berkata, Mohd Khafiz turut membiayai sendiri kos ekspedisi pendakian sebanyak RM500,000 menerusi hasil usahanya dengan menjual rumah beliau dan barangan ZEROTO8000 serta penganjuran ekspedisi pendakian gunung di luar negara.
K2 merupakan gunung kedua dengan ketinggian lebih 8,000m yang didaki oleh beliau, selepas menawan puncak kelapan tertinggi dunia, Gunung Manaslu (8,163m) di Nepal bersama seorang lagi pendaki ZEROTO8000, RJ Nagarajan untuk menjadi pasukan pertama Malaysia tiba di puncak berkenaan pada tahun lepas.
Mohd Khafiz juga pernah menawan beberapa gunung lain seperti Gunung Aconcagua (6,961m) di Argentina (2016), Kilimanjaro (5,895m) di Tanzania, Cartensz Pyramid (4,884m) di Papua dan gunung-gunung lain di Taiwan, Indonesia dan Malaysia.
Pada Julai 2022, T. Ravichandran atau lebih dikenali sebagai Ravi Everest, mencipta sejarah sebagai pendaki pertama Malaysia menawan K2.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Mohd Khafiz turut membiayai sendiri kos ekspedisi pendakian sebanyak RM500,000 menerusi hasil usahanya dengan menjual rumah beliau dan barangan ZEROTO8000 serta penganjuran ekspedisi pendakian gunung di luar negara. - Foto Sinar Harian
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Semangat untuk hidup, pendaki gunung Alaska nekad merangkak minta pertolongan
Peserta ekspedisi pendakian Gunung Denali, Alaska di Amerika Syarikat, Zainudin Lot, nekad merangkak meminta pertolongan dalam keadaan cuaca mencapai suhu -25 darjah Celcius.

Jenazah pendaki Malaysia selamat dikebumikan
Jenazah pendaki Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, yang meninggal dunia semasa menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara, selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah pendaki maut di gunung Alaska tiba di tanah air
Jenazah pendaki Malaysia Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, yang meninggal dunia semasa menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika utara, selamat tiba di tanah air pagi ini.

Pendaki maut di gunung Alaska: Zulkifli sempat hantar isyarat kepada keluarga
Keluarga Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, tidak menyangka Allahyarham akan menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan aktiviti paling digemarinya.

Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.

Tragedi Everest: Pencarian Hawari diteruskan walau libat kos tinggi - Armizan
Operasi SAR pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat diteruskan walaupun membabitkan kos tinggi.

Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu dijangka dibawa turun dari Camp 4 ke Everest Base Camp hari ini.

Jenazah pendaki Malaysia dibawa turun ke Kathmandu hari ini - Wisma Putra
Usaha membawa turun jenazah Pengarah APM Kedah yang meninggal dunia Jumaat lepas dari Everest Base Camp ke Kathmandu menggunakan helikopter akan dijalankan hari ini.

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki ekspedisi Everest
Pendaki solo negara, T Ravichandran sedih dengan kehilangan dua orang pendaki dari Malaysia iaitu Muhammad Hawari Hashim dan juga Awang Askandar Ampuan Yaacub semasa Ekspedisi Everest-Lhotse 2023.

Pendaki warga Malaysia kini kritikal di Nepal
Dr Chin Wui Kin, warga Malaysia, yang terkandas dua hari di kawasan terbuka di atas pergunungan Anapurna, Nepal kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.