PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mohd Shafiq, 58, yang sebelum ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, menggantikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang bersara wajib pada 16 Jan lepas.
Mohd Zuki dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan pelantikan Mohd Shafiq sebagai KPPA.
"Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan," katanya.
Mohd Shafiq telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama disandangnya ialah sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Disember 1992.
Mohd Shafiq berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun
"Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi kerajaan," kata Mohd Zuki.
Beliau turut merakamkan penghargaan kerajaan kepada Mohd Khairul Adib atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai KPPA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022

Mohd Shafiq (kanan) yang sebelum ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, menggantikan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang bersara wajib pada 16 Jan lepas.- Foto Facebook Mohd Zuki Ali
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.

ASEAN 2025: Pegawai awam perlu sumbang tenaga, buah fikiran agar negara raih manfaat
Pegawai awam berperanan memastikan Malaysia meninggalkan legasi yang positif dan bermakna untuk tahun-tahun akan datang, baik di rantau Asia Tenggara mahupun di peringkat global.

Penjawat awam diminta kemas kini PADU
Semua penjawat awam diminta agar mengemas kini maklumat dan data di dalam Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya 15 Februari ini.

Segerakan pelaksanaan SSPA jadi fokus utama KPPA baharu
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu memberi jaminan bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan menjadi fokus utama beliau.

Cuepacs harap KPPA baharu beri keutamaan segerakan pelaksanaan kadar upah yang adil
KPPA yang baru dilantik, diharap dapat memberikan keutamaan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil untuk penjawat awam.

Wan Ahmad Dahlan dilantik KPPA baharu
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu berkuat kuasa esok.

Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.

Ketua Setiausaha, ketua jabatan perlu serius terhadap teguran LKAN - KPPA
Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan beri perhatian serius terhadap teguran bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa.

Bantuan Khas Penghargaan penjawat awam 2023 dibayar 10 Ogos
Bayaran RM300 akan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah.

Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 diawalkan 14 April
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.

Johan dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Zulkapli Ketua Pengarah JPA
Kedua-dua pelantikan tersebut berkuat kuasa 27 Februari 2023.